Friday, April 11, 2008

Cuma Lagu Usang, Meneer Wilders?




Akhirnya film Fitna The Movie karya Geert Wilders (dan Scarlett Pimpernel) beredar juga di internet, satu hari lebih cepat dari rancangannya. Dari Wikipedia, yang didakwa sebagai web resmi setelah website awal ditutup oleh penyiarnya, filem ini ditonton sebanyak 1.6 juta kali dalam dua jam, dan versi bahasa Inggerisnya sebanyak 800 kali, serta turut disiarkan di televisyen Het Gesprek.

Seperti yang sering diulang-ulang oleh Wilders, isinya berkenaan (katakanlah) pembuktian atau pembenaran ucapannya bahawa al-Quran adalah kitab fasis, seperti Mein Kampf karya Hitler dan mengajarkan terorisme.

Dari segi isi, sama sekali tidak ada yang baru dari filem ini, berkenaan islamophobia dan konsep Jihad dari kelompok Islam garis keras. Tambahannya adalah isu lokal bahawa terjadi Islamisasi di Eropah, khususnya Belanda, dan itu mengancam kebebasan di sana. “Islam telah menyihir Belanda”, “Parlimen: Tidak ada larangan Burqa” kutipan dari filem itu.

Dengan tempoh 18 minit, filem dimuatkan dengan karikatur Nabi Muhammad yang pernah tersiar di Denmark, lantas cuplikan ayat-ayat jihad, berbagai aksi terorisme atas nama Islam, isu-isu semacam Ayaan Hirsi Ali dan Salman Rusdhie, dan penggalan ceramah garis keras. Juga ramalan masa depan Eropah yang penuh darah seandainya Islam berkuasa. Misalnya, ada cuplikan poskad “Selamat Datang di Belanda” dengan gambar berbagai masjid, dan bukan simbol semacam kincir angin (padahal mencari masjid di sana susah sekali, dan hampir tak ada masjid berkubah atau berbentuk masjid pada umumnya di negeri Muslim. Dan aturannya sangat ketat: Tidak boleh terdengar suara azan, tidak boleh ada keluhan dari tetangga sekitar, dll). Tidak ada suara narator, tidak ada suara dari kelompok Islam moderat atau liberal, atau suara yang berseberangan lainnya. Hanya berisi lagu usang bergaya kertas sebaran. Harap maklum, ini propaganda, sebuah “genre” yang sudah sangat kuno, mirip-mirip filem propaganda zaman penjajahan Jerman atau Jepun, kira-kiranya begitu.

Masalahnya, andaian saya berlebihan ternyata, dari segi kualiti juga filem ini tak lebih dari karya amatur pengunggah sebuah video klip rumahan di youtube. Malah terkesan mombosankan. Beza jauh dengan, ambil contoh film “sejenis”, Submission karya Theo van Gogh. Wilders sangat sedar bahawa filem adalah media ampuh untuk menyebarkan ide, tapi ia gagal memanfaatkan sepenuhnya.


Ada beberapa hal menarik. Pertama, Wilders begitu ketakutan akan bertambahnya pendatang yang majoritinya dari Maghribi dan Turki dan menyimpulkannya sebagai ancaman Islamisasi Eropah (dan melenyapkan identiti kebudayaan Belanda). Masalahnya adalah integrasi, dan bukan agama kaum imigrannya. Mengapa tidak berkutat pada hal hukum dan perundangan? Bukankah Belanda dikenal sebagai negara yang sangat ketat menegakkan hukum?

Kedua, tentu saja hal ini menjejaskan semangat pluralisme dan multikulturalisme yang selama ini menjadi citra Belanda. Tidak sedikit yang kesal dengan pemimpin Partij voor de Vrijheid (Partai untuk Kebebasan) itu , entah kerana dia mendominasi siaran televisyen dan/atau idea yang dibawanya. “Aduh, Lagi-Lagi Berita Soal Wilders!”, tulis tabloid gratis berbahasa Inggeris, Amsterdam Weekly, Volume 5 issue 5 (31 Januari-6 Februari) di muka hadapan. Tabloid ini menangkap kegelisahan warga Belanda: ”Sebenarnya, al-Qur’an atau Wilders yang menimbulkan krisis?”; “Baguslah ada orang yang berteriak anti Islamophobia. Saya sudah lelah dengan perilaku Wilders. Semangat anti-Islam ini sudah terlalu melampau, dan saya fikir Geert Wilders menyebabkan lebih banyak masalah untuk masyarakat Belanda dari pada yang pernah dilakukan Islam sendiri” kata beberapa warga Amsterdam saat diwawancara tabloid itu.

Demo anti-Wilders terjadi beberapa kali di Dam Square, Asmterdam. Pada 26 Januari, ribuan orang hadir, dan jumlah ini jauh lebih banyak dari demonstran pro- Wilders yang tampil sebelumnya, tapi bubar beberapa jam sebelum jadwal. “Stop the Witch Hunt against Muslims” tegas mereka. Yang terbesar adalah aksi dari Netherlands Bekent Kleur (“Belanda Mengenal Warna”, semacam jaluran pelangi) pada 21 Mac lalu sekitar tujuh ribu orang, mulai dari kaum gay hingga pembela kemerdekaan Palestin merayakan Hari Anti Rasisme, dan bidikannya sudah pasti Wilders yang pada posternya digambarkan sebagai koboi penyebar semangat peperangan. Saya rasakan, suasana lebih mirip konsert rakyat, dengan gerai pameran dari pelbagai LSM.

Membalikkan teori Wilders, justeru bagi mereka, Wilderslah yang mirip dengan Hitler.

Kelompok itu menyatakan bahwa Muslim sudah menjadi bahagian dari rakyat Belanda dan seharusnya semua pihak menerima mereka sebagaimana menerima pihak lainnya.

Ketiga, alasan kebebasan berekspresi yang selama ini jadi kebanggaan warga Belanda. Itulah hujah mengapa Fitna tidak dilarang. Tapi justeru menjadi paradoks, mengingat Wilders berupaya menghancurkan, dan menyerang kebebasan umat Islam. Harusnya pembela kebebasan adalah seorang pluralis, dan seorang pluralis harus siap bersanding dengan gagasan dari pihak lain, termasuk dari kaum anti-pluralis sekali pun. Bukannya dibalas dengan tindakan yang juga militan, garis keras, dan “fundamentalis”, hingga mengkhianati konsep kebebasan itu sendiri.

Fitna tidak dituntut ke meja hijau kerana dianggap tidak melanggar hukum apa pun. Dan memang demikian juga seharusnya perilaku terhadap pendatang Muslim: tidak dihukum sebelum terbukti bersalah. Untuk membuktikan Wilders bersalah atau tidak, sebaiknya Muslim Belanda menuntut Wilders ke meja hijau untuk diproses hukum, atau paling tidak untuk pasal “perbuatan tidak menyenangkan di depan publik”. Setidaknya itu tidak kontraproduktif dari sekadar marah-marah atau malah bertindak anarkis. Sayang tidak ada hukum yang menyatakan bahwa filem yang terbukti jelek dan tidak bermutu bisa juga dituntut.

Tentu saja filem ini menggambarkan satu sisi dari Muslim (walau Wilders bilang Islam, dan bukan Muslim, yang bermasalah), dan seharusnya kita juga menganggap bahwa Wilders hanyalah satu sisi dari Belanda dan tak perlu disamaratakan seperti yang dilakukan Wilders terhadap Islam. Lagi pula, itu cuma lagu usang, dan sepertinya bukan isu kegemaran khalayak di Belanda.

Setelah Fitna, giliran filem animasi, The Life Of Mohammed yang “menggebrak” pada 20 April mendatang, seperti diungkapkan oleh stesen televisyen Netwerk. Isinya, di antaranya tentang Sang Nabi dan persoalan seksual, lagi-lagi lagu lama.

Thursday, April 10, 2008

Gadis pintar matematik jadi pelacur


 Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi menyara hidup.

Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.

Menteri pendidikan waktu itu Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan kewarganegaraan Sufiah dahulu sebelum memberikan biasiswa kerajaan Malaysia.

Disember 1997, gadis pintar warga keluarga Britain ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's, Oxford.

Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada 2000.

 Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda.

Anak ketiga pasangan Farooq dan Halimaton - kedua-duanya memakai nama keluarga Yusof - dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya.

Akhbar News of the World hari ini mendedahkan nasib Sufiah, 23, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun.

Laman web akhbar itu melaporkan, seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.

Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut.

Sufiah, yang berwajah ceria, tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut.

 Farooq, 50, didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun, sewaktu mengajar matematik di rumah mereka.

Sufiah menyalahkan bapanya, yang dulunya digambarkan di Malaysia sebagai guru pintar yang mendidik anak-anaknya pintar, yang menderanya secara emosi dan fizikal untuk melayakkannya ke Oxford - begitulah mesej e-mel yang dikirim kepada kakaknya sebagai menjawab kenapa beliau tidak mahu pulang ke rumah mereka.

Menurut News of the World, Farooq juga pernah terlibat dengan dua lagi jenayah - dipenjara pada 1992 selepas memainkan peranan dalam penyelewengan pajakan 1.5 juta pound dan sewaktu 19 tahun dihantar ke sekolah pemulihan selepas terlibat dalam konspirasi 100,000 pound.

(Gambar - Shilpa Lee dan Jonathan Marshall pada tahun 2004. Bercerai 13 bulan kemudian.)

Untuk membayar sewa bilik di pangsapuri "buruk dan menyedihkan" itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah gagal menghabiskan pendidikannya di peringkat sarjana di Oxford selepas bertemu Jonathan Marshall.

Perkahwinan mereka, yang tidak dihadiri anggota keluarganya walau mereka diundang, pada 2004 berakhir 13 bulan kemudian.

Filem Akhirat layak untuk anugerah Abu Jahal!


Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak. Mungkin ada satu badan dapat memberi anugerah Abu Jahal ini. Pun kita baru melepasi suku pertama tahun 2008.



Justeru eloklah kita senarai pendekkan dulu Akhirat untuk anugerah Abu Jahal ini. Siapa tahu akan ada filem Abu Jahal lain yang lebih jahil dan jahanam dari filem ini. Nampak sangat pengamal filem kita sedang berlumba-lumba untuk membikin filem 'anak haram' yang paling jahil sesama mereka.

Filem dengan skrip oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan. Baca sahaja promosi filem ini sejak tahun lalu, mereka sendiri mengaku begitu. Merenung aspek dramaturgi, saya tidak tahu mana agamanya Akhirat, kerana filem ini membawa kesongsangan beragama; paling tidak pada lima perkara besar:


i. Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual. Hal ini terlihat apabila Noni (lakonan Nabila) dinasihati ayahnya supaya berhati-hati berteman dengan Ari (lakonan Adi Putra), penataan muzik gedik-suka digunakan untuk melatari. Tambah-tambah pula ada adegan Mira (Vanidah Imran) dengan sengaja memerangkap adiknya Noni untuk menggunakan baju tidurnya. Itu sebagai umpan kepada suaminya Amran yang gersang (dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

ii. Meskipun Noni digambarkan insaf di penghujung Akhirat setelah berzina dengan Ari sepuas hati, seraya minum arak dan berdansa di disko - keinsafan Noni hanyalah kerana 'saya telah salah berkawan' dan bukan kerana 'Allah melarang zina dan ia dosa besar'. Keinsafan Noni juga tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama.

iii. Ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbu agama. Mira misalnya dalam keadaan genting tegang lagi sengsara oleh tekanan menghidapi HIV positif tidak sedikit pun berpaling kepada Allah untuk mendapat ketenangan. Tidak ditunjukkan apa-apa petanda Mira mendekati Tuhan dalam tempoh itu. Mira hanya mendapat ketenangan apabila bertemu dengan pegawai di Malaysia Aids Council ala-ala kak Marina.

iv. Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi. Pengamal filem kita masih belum faham soal keadilan Ilahi (sebenarnya ulama yang tidak faham). Apabila ditimpa kecelakaan dalam hidup, mereka akan menyalahkan Tuhan dengan kata-kata 'ini takdir'. Nasihat-nasihat ayah kepada Mira dan Noni adalah 'nasihat-nasihat bertaraf jawapan kemusykilan agama kepada Dr Mashitah' (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Nasihat-nasihat itu tidak sedikit menjentik atau menggugah minda, dan membantu watak-watak itu kemudiannya insaf.

v. Adegan separa seks separa panas kunun dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan. Adegan cium leher, peluk rangkul, belai membelai, tonyoh menghempap, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

Elok kita renung jalur sebab dan akibat yang amat lemah dalam filem ini. Sesuai dengan anugerah Abu Jahal yang diterimanya, filem ini adalah gabungan plot paling lemah pelajar-pelajar Minggu Penulis Remaja paling tidak berkualiti dari tahun 2002-2007.


Lebih lucu ada adegan Amran berpuisi untuk Mira; di sisi tasik buatan Putrajaya kunun-kunun romantis. Puisi bertaraf 'reject' untuk majalah E-Baca ini diucapkan demi membangkitkan dialog-dialog puitis tidak bertempat.


Memang hodoh. Filem Akhirat mengisahkan kehidupan seorang wanita, Mira, yang musnah setelah dirogol oleh seorang pengedar dan penagih dadah. Akibatnya Mira disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Kesengsaraan Mira ini pada awalnya dirahsiakan dari pengetahuan suaminya, Amran, dan keluarga. Konflik tercetus apabila Amran sering ditolak oleh Mira saat Amran sedang berkobar-kobar ingin melanda isterinya. Dilema perasaan inilah yang mendorong Mira memperdaya Amran dengan Noni (adik iparnya). Amran yang tidak tahu (sebab dia lembab dan bodoh) dengan tindakan Mira ini, telah menuduh adik iparnya Noni cuba menggodanya, selain mencemarkan nama dan maruah keluarga. Dalam pada itu diselitkan kisah-kisah Noni yang liar dan sering bersetubuh haram dengan teman lelakinya, Ari.


Menurut produser S. Baldev Singh, Akhirat ditayangkan bersempena dengan musim Maulidur Rasul. Dan katanya lagi, "Sekarang ini kita lebih menitik beratkan konsep Islam Hadhari maka lahirlah filem Akhirat".


Thats it! Itu jadi defining moment. Patutlah! Itu menjelaskan segala-galanya bukan? Sebuah filem Islam Hadhari, patutlah ada pegang-pegang mesra sambil genyeh-genyeh manja. Patutlah ada zina-zina kasual sambil dialog derhaka Tuhan.


Lebih menyedihkan filem Abu Jahal ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS. Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Virus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti sarcoma kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira. Alahai, buatlah penyelidikan sedikit. Mak cik jual cencaluk macam mak cik Musalmah Lebar pun tahu gunakan internet.


Sedikit kuliah falsafah Islam untuk mereka yang bercita-cita menjadi pengamal filem dan tidak mahu tergelincir menjadi pengamal filem Abu Jahal:


Duduknya seni Islam haruslah begini. Ia satu gerakan ke bawah. Allah sebagai Pencipta, Nabi Muhammad yakni Nur Muhammad sebagai pusat logos, itu kita namakan kamal atau kesempurnaan. Ia turun kepada ahlul bait sebagai penerus kelangsungan Islam yang aktual iaitu kita namakan wilayah. Ini kerana ahlul bait bukan hanya ilmuan tetapi cendekiawan kerana terlibat dalam pembangunan masyarakat. Gerakan kreativiti karyawan seni harus menempuh laluan ini.


KEMUDIAN barulah sampai kepada ayan sabitah atau idea umum di mana dalam gestalt pemikiran Melayu; ia adalah manfaat dan faedah untuk masyarakat. Dalam erti kata lain kalau buat filem tidak ada faedah dan manfaat itu dengan sendirinya sudah menjadi Abu Jahal. Ayan sabitah atau idea umum itu tadi disampaikan dengan makna, dan penuh pengertian lalu turun kepada keindahan yang antaranya cultural literacy. Ini semua melibatkan karyawan. Dari situ ia turun lagi di mana ia akan membentuk genre yang dipilih karyawan atau kategori seni yang digulati pengamal seni. Tidak kiralah genre itu drama, action, animation atau apa pun. Ia kemudian turun lagi kepada khalayak yang akan menerimanya dengan akal kerana ada dorongan intelektual dalam karya, akan menerimanya dengan hati nurani kerana ada logos spiritual dan wilayah, lalu menerimanya dengan emosi kerana ada keindahan pada karya. Untuk memahami lebih lanjut persoalan ini sila baca Perempuan, di Wajah Langit Pagi dalam Milenia Muslim edisi Februari, Mac, April dan Mei 2008.


Kembali kepada filem Abu Jahal kita untuk suku pertama tahun 2008. Sungguh kasihan melihat Vanida Imran, pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia 2007 berlakon filem seperti ini. Lakonan Tony Eusoffe, Adi Putra, dan Tan Sri Jins Shamsuddin tidak langsung menambah apa-apa. Lakonan Nabila Huda pula sangat-sangat menjengkelkan. Penampilan cameo beberapa nama besar memualkan. Filem Akhirat juga disulami lagu-lagu 'jiwang melankolia tengah malam' yang dicipta oleh Azmi Hassan dan dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi bersuara sengau. Antara lagu yang bakal mewarnai filem ini ialah Akhirat (lagu tema), Akhirat II, Kasih Selendang Biru dan I Love You Senorita. Pada adegan yang menampilkan lagu I Love you Senorita anda boleh menatap ketiak bercukur pelakon pembantu wanitanya, sambil melihat bakat yang dikembangkan oleh AF1 menari tergedik-edik seolah-olah ada cacingkerawit berpusu-pusu mahu keluar dari hujung usus besarnya. Sungguh 'abu jahal' gedik itu.

Dan alasan lain untuk memberi anugerah Abu Jahal ini kepada Akhirat meskipun penerbitnya bukan Islam, dan DOP pun dari Mumbai, ialah kerana filem ini diarahkan oleh seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa tetapi adalah pemimpin sebuah organisasi pengamal filem.


Dan kerana itu kita tidak dapat menerimanya. Dan kerana itu layaklah Akhirat mendapat pencalonan akhir Anugerah Filem Abu Jahal 2008.

Sumber : Berita Harian Online, 8 April 2008



Mesir : PENDUDUK dan pekerja yang tidak berpuas hati membaling batu ke arah polis yang melepaskan gas pemedih mata sebagai membantah kenaikan harga barang dan kadar gaji yang tidak berubah di Mahalla El-Kobra, semalam. Penunjuk perasaan menyerbu dewan perbandaran, membakar tayar di atas jalan raya, membaling kerusi ke arah tingkap kedai dan mencuri komputer. Kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan dan 80 lagi cedera dalam kejadian di bandar tepi Sungai Nil itu.

Sekurang-kurangnya 100 yang lain ditahan di merata-rata di seluruh Mesir, kata pihak berkuasa, ketika beribu-ribu penduduk ponteng kerja dan sekolah dan beratus yang lain membantah kenaikan harga makanan seterusnya mengakibatkan kemerosotan sektor pekerjaan.

Hampir 40 peratus daripada 76 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan AS$2 (RM6.38) sehari. Harga barangan asas seperti minyak masak dan beras hampir dua kali ganda beberapa bulan kebelakangan ini, di tengah kekurangan meluas roti subsidi kerajaan.

Ramai rakyat Mesir di Kaherah memberi maklum balas terhadap gesaan tindakan di seluruh negara itu dengan ponteng kerja atau sekolah. Biasanya kedai ditutup di ibu negara ini dan keadaan lalu lintas tidak sesak berbanding biasa

Gesaan bagi tunjuk perasaan di seluruh negara itu adalah cubaan besar-besaran pertama oleh kumpulan pembangkang untuk menukar kekacauan pekerja buruh pada masa lalu kepada bantahan politik meluas terhadap kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

Tunjuk perasaan dan huru hara di bahagian utara berlaku dua hari sebelum pemilihan utama majlis tempatan, menyebabkan kerajaan gentar dengan membuat pengecualian duti import minggu lalu ke atas beberapa barangan makanan dalam usaha meredakan ketidakpuashatian ekonomi.

Kerajaan disokong Amerika Syarikat itu dengan tegas memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dilarang di negara ini, dan mereka yang terbabit biasanya ditahan oleh pasukan keselamatan Mesir. - AP

.::who i am::.

Selamat datang.. Welcome.. Ahlan wa sahlan...
Nama diberi.. Ali imran bin Md Salleh..
Dilahirkan pada 15ogos 1984
bertempat di hospital kuala lumpur pada jam 3.45am..
Azan pertama yang ku dengari oleh seorang manusia..
Manusia terhormat dalam hidup aku.. Md Salleh Md isa..
I love U Abah.. And u to Mak..

Mula mengeja dan belajar menulis dari tahun 1990..(Masa aku tadika)
11 buah sekolah dah pun aku masuk sehingga sekarang..
Tapi, kedahagaan mencari ilmu tak pernah hilang dan tak akan hilang.. Amin...

Sekarang dalam proses mencapai ke tahap ijazah sarjana muda..
Segala bentuk doa dan pesanan amat aku harapkan buat sesiapa
yang terbaca tulisan ni..

Pengalaman sejak aku mula bernafas dalam dunia ni..
Singkat kan la yea.. aku cerita point2 je..

- Pernah bergaduh dengan :- Adik-adik, Abang, Kakak, Mak dan Abah, Kawan-kawan, Cikgu, ustaz dan ustazah..(Maaf kan aku..)
- Pernah lawan tumbuk ngan kawan-kawan..(Tapi semua aku kalah..)
- Pernah adekan rancangan merompak pejabat sekolah.. (menjadi projek tu)
- Dapat keputusan yang mengejutkan dalam UPSR.. (LULUS)
- Aku manusia yang bergelar "HAFIZ QURAN" pada tahun 1999..
- Pernah menghadapi 6 kemalangan jalan raya.. (Nasib tak mati)
- Pernah membunuh 3 haiwan yang melintas jalan (Ayam je semua)
- Pernah panjat tiang elektrik sebab nak pasang bendera hijau.. (semangat giler masa tu)
- Antara kenderaan yang pernah di pandu..Basikal 3 roda.. Basikal tua..Yamaha rxz, Kriss, EX5, Honda Wave (Dah kena curi) Suzuki smash.. Vespa (Bapak aku punya) Mercedes E-Class.. KIA Sorento.. Toyota Estima.. Proton saga,iswara,Neo,Waja.. Kancil.. Myvy.. Van Nissan.. Dan last sekali.. Lori bapak aku.. (kalo dia tahu aku penah bawak lori dia.. Habis la aku..)
- Pernah bekerja sebagai penjual kuih mase umo 7 tahun dengan adik aku kat selayang baru.. (Kuih!! Kuih!!) pekerja kilang HPA, Kilang wayering.. (Toke die Bapak sedare kawan aku) Restoran seafood padang jawa.. (Shid Seafood)Tenaga pengajar di Adek cottege Shah Alam..
(Aku maafkan semua orang)
- Habis.. Nak tahu lagi?? Add la aku.. imransalleh84@yahoo.com

kenapa aku wujudkan blog nie?? sebab aku suka menulis..
Dan sedang dalam proses pembelajaran menjadi seorang penulis..
So.. Kalo nak kritik tu.. Tapis-tapis la same okay..
nak kritik tulisan orang kan ade etikanye..Seorang penulis wajib tahu cara-cara atau etika menegur tulisan orang lain..

Akhirnya.. Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan agak kasar.. Bukan tak boleh berlembut dan bersopan santun.. Cuma tak nak hipokrit dalam menyuarakan hak sendiri.. Ape-ape hal sekali pun.. Baik atau buruk.. Ini lah Ali imran md salleh...Juga makhluk luar biasa ciptaan Tuhan.. (Mana ada ciptaan Allah yang biasa?? Semuanya luar biasa..) Kiranya bersua lagi.. Wassalam...