Saturday, May 30, 2009

.::Putri Adryana Batrisya::.

Bismillah wal Hamdulillah..

Akhirnya Allah berikan juga gelaran bapa saudara kepada saya, Alhamdulillah.. Penantian dalam harapan selama ini ada hikmah di sebalik semua yang Allah jadikan untuk kami sekeluarga. Juga tahniah buat kekanda saya Putri salina md salleh di atas kelahiran yang julung kali ini.

Antara jalan mudah saya untuk menghilangkan segala tekanan dalam menghadapi fatrah imtihan yang akan tiba, gambar budak kecil ini lah penawarnya. Moga Allah panjangkan umur saya untuk pulang bertemu dengannya. Amin..





Sunday, May 24, 2009

imtihan oh imtihan...


Alhamdulillah, seribu kesyukuran saya panjatkan untuk tuhan pencipta sekalian alam diatas kesempatan yang diberikanNya untuk terus menghirup udaraNya dalam nafas perjuangan seorang hamba di perantauan.

Tanggal beberapa hari sahaja lagi detik yang dinantikan saya serta beberapa rakan sekuliah bakal kami tempuhi, moga kami dikurniakan umur yang panjang untuk terus cekal dalam menempuh alam imtihan kami yang terakhir di bumi Shoubra, Amin ya Robb!.

Dalam sedar ataupun tidak, semakin hampir juga sesi pembelajaran saya dan rakan seangkatan dibumi shoubra. Jujur dari hati kecil ini mengatakan tidak cukup sekadar tempoh tiga tahun yang diperuntukkan dalam mencari ilmu yang luasnya tiada bandingan.

Semoga Allah tunjukkan jalan dalam mencari kekuatan untuk kami ke peringkat yang seterusnya di bumi Tanta kelak.

Apa pun jua keadaannya kelak, mahu saya menarik perhatian sahabat sekalian dalam keadaan kita yang diberi peluang untuk mencari ilmuNya di bumi anbia' alaihissalam ini agar sentiasa memperbetulkan niat dalam menghadapi imtihan yang bakal tiba.

Terima kasih pada seorang rakan yang saya kira dapat mengingatkan kita atas tujuan apa kita dihantar jauh ke sini dalam mengejar impian dan maksud kita sebagai seorang pelajar dan hambaNya.


Belajarlah kerana Allah kerana di situ ada nilai ibadah. Tapi bagaimana belajar kerana Allah? Bagaimana kita boleh tahu sama ada belajar kita kerana Allah atau dunia, atau suka-suka, ataupun terpaksa? Di sini boleh disimpulkan antara tanda-tanda seseorang itu ikhlas belajar kerana Allah ialah :-


-Tidak belajar hanya untuk peperiksaan atau untuk lulus peperiksaan


-Tidak jemu mencari atau mendalami ilmu itu kerana ingin mencari redha Allah


-Mencintai dan menerima dengan redho ilmu yang dikurniakan Allah. Berhakkah kita sebagai hamba untuk mencemuh dan mengeluh diatas
kurniaan Pencipta Yang Maha Bijaksana untuk kita?

-Meyakini ganjaran pahala yang diberi Allah (pahala ibadah, pahala menuntut ilmu)


.::Credit to Fieqa::.



Yang terakhirnya, salam imtihan buat semua yang bakal menghadapinya atau yang sedang melaluinya.
Betulkan niat kalian dalam menempuhi imtihan yang bakal tiba, semoga keputusan yang baik Allah berikan buat yang ikhlas dalam mencari ilmu dan redhoNya.


Tuesday, May 19, 2009

Untuk Ustaz hasnol .::YDP pertama BKAWM::.







Assalamualaikum ustaz hasnol, maaf kalau shoot yang ana buat ni tak cantik ya. Ana masih di tahap amatuer lagi. Gambar yang last ni jangan la ambil ya, saja ana uploadkan untuk blog ni.

Akhirnya, tolong sampaikan salam ana kepada ustaz dahlan ya. Dan ana ucapkan berbanyak terima kasih di atas setiap sumbangan yang ustaz berikan untuk badan kebajikan anak wilayah disini dari mula hingga tiada akhirnya, hanya Allah selayaknya yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang ustaz berikan untuk kami anak-anak wilayah di bumi anbia' ini.

Semoga kita dapat berjuang bersama-sama di bumi malaysia kelak, insyaAllah amin.


Sunday, May 17, 2009

Ingatan untuk saya dan kamu.

Terkadang artikel yang saya publishkan disini bergenrekan dari pelbagai aspek kehidupan, mungkin sesetengah pembaca ada yang keliru genre penulisan manakah yang sebetulnya saya ingin postingkan buat santapan tetamu diluar sana.

Justeru mereka yang membacanya mungkin menjadi kucar kacir kerana pelbagai isu yang cuba saya utarakan disini.


Tetapi itulah harga yang perlu dibayar, apabila setiap artikel dan tulisan yang dipublishkan beraruskan kemahuan dan keperluan masyarakat dan tidak sekadar memenuhi keghairahan diri dalam memuntahkan setiap emosi sebagai santapan dan pengajaran yang dikira paling berkesan untuk dijadikan iktibar dan tauladan.

Pun begitu, setiap orang mempunyai alasannya yang tersendiri dalam memenuhi kehendak dan tuntutan fitrah dalam berdakwah bila merasa terpanggil untuk dikisahkan cerita kehidupan dan pengalaman sebagai iktibar jua pedoman, khususnya buat masyarakat yang dinilai dari kacamata mereka amat perlu diberi petunjuk kearah yang lebih baik dan sempurna.

Apa pun jua keadaannya, Setiap apa yang saya cuba utarakan disini diharap sama-sama kita mendapat faedah untuk dijadikan panduan dalam meneruskan mehnah dan ranjau di muta'akhirin.Amin ya Rabb!

----------------------------

.::Lain-lain hal::.

Maaf kan saya, publish tambahan ini saya tujukan untuk beberapa soalan melalui e-mail yang bertanyakan dan meminta supaya saya lebih banyak memberi maklumat berkaitan aktiviti saya disini.

Persoalan dan permintaan sebegitu rasanya akan saya penuhi mengikut kadar dan waktu yang saya rasa saya mahu untuk berbuat demikian. Ini bermakna tiada perjanjian secara berlisan mahupun hitam putih,Harap jelas.

Pun begitu, tidak bermakna saya kurang cakna dengan isu-isu yang lebih panas di akhir-akhir ini. Cuma terkadang timbul rasa kepeningan yang semacam luar biasa bila memikirkan isu-isu terbaru di semenanjung emas ketika ini. Entah bilakan bersudah selagi yang memerintah masih merasa selain darinya adalah pesalah.

Untuk mengulas isu di tanah air mengikut kaca mata saya sendiri jujur saya katakan, saya memerlukan masa untuk selidik dan lebih banyak membaca untuk mengulas isu tersebut. Mungkin ada yang mengambil pendekatan mudah dengan membuat teori sendiri atau sekadar copy paste sahaja.

bagi saya, tabiat sebegitu lama kelamaan akan membuatkan seseorang hilang kekereatifannya dalam menulis dan menghasilkan karya ataupun artikel.




Terus, dengan kesempatan yang ada semasa dalam suasana pasca imtihan ini, ucapan tahniah saya tujukan buat menteri pasola dan kuncu-kuncunya dalam usaha merebut takhta dengan cara yang langsung tidak luar biasa bila diri mengaku sebagai 'MB' dan pembela hak rakyat.


Juga ucapan takziah juga saya tujukan buat menteri kerajaan rakyat kerana diperlakukan sedemikian.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Sabar ketika berjuang pasti ada beribu keberkatan dan hikmahnya biarpun kita dilihat gagal pada pandangan mereka yang tiada kefahaman tentang erti perjuangan.

Realitinya disini, tiada yang indah bila kita masih utamakan kisah diri untuk diiktibarkan berbanding kisah mulia para kekasih Allah yang selamanya dalam redho dan rahimNya.

Dan yang cantik dan indahnya bila kita kreatif dan bijak dalam mengaitkan kisah sendiri dengan bersandarkan kisah para aulia' yang mulia untuk disajikan buat masyarakat yang diluar sana. Wallahu'alam.

.::Anugerah dari seorang pejuang::.

Diterima dari seorang sahabat sepengajian dan seperjuangan di bumi anbia' alaihissalam. Alfi syukran ya akhi, semoga ukuhwah diantara kita tetap berkekalan hingga ke syurga. Amin ya Rabb!

Cumanya disini akan ada beberapa perubahan yang akan saya buat sendiri berkaitan peraturan untuk menerima dan memberi augerah ini pada sesiapa sahaja yang akan menerimanya selepas ini.
Jangan terasa ya akhi, dalam fatrah imtihan yang sedang dan yang akan ditempuhi nanti, alangkah eloknya jika kita dapat mengurangkan dalam membuat sebarang postingan demi menumpukan sepenuhnya pada imtihan yang bakal menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Oleh itu, dengan ini saya mengarahkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain agar tempuhi suasana yang tidak kurang luar biasa ini dengan doa, usaha dan tawakkal yang tidak kenal erti penat dan lelah disamping memahahami dan mengetahui atas sebab dan alasan apa kita di hantar ke bumi penuh barokah ini.

Dengan ini, hanya seorang sahaja yang saya akan anugerahkan award untuk pasca imtihan pada kali ini dan beliau yang dimaksudkan ialah anak kepada seorang blogger yang tidak kurang hebatnya mendapat perhatian dalam web Teranungkite.

Dan peraturannya akan saya mudahkan demi pasca imtihan yang bakal tiba. Sila copy dan pastekan dalam blog akhi selepas tamat tarikh imtihan dur awal dan sila anugerahkan award ini hanya kepada seorang sahaja yang akhi rasakan dia layak mendapat anugerah ini.

Ini bukan arahan apatahlagi paksaan ya. Jangan disalah tafsir bila kita cuba menghidupkan suasana ukhuwah yang dibenarkan syarak dengan cara dan konsep sebegini. Apa-apa pun berbanyak terima kasih saya tujukan buat akhi khairul untuk anugerah ini. Wassalam.

.::Akhirnya saya bergelar "Bapa"::.

Ops, maafkan saya. Sengaja dibiarkan perkataan "bapa" diatas tidak ditambah dengan frasa "saudara" . Agar semangat mahu mendirikan rumah tangga juga wujud bila terasa dipanggil bapa.

Namun saya sedar, sesuatu yang mudah dibibir untuk melontarkan setiap perkara dan isu berkaitan rumah tangga, tetapi tidak semudah bicara bila realitinya mahu dilaksanakan dalam penghidupan menuju ke arah yang sempurna.

Tinggalkan sebentar isu yang saya kira bagi saya agak rumit untuk dibangkitkan. Apa yang saya ingin ketengahkan disini ialah saya telah pun mendapat seorang anak saudara yang pertama dan mahu saya banggakan ibunya dengan mempublishkan rasa gembiranya saya pada postingan kali ini yang saya kira sudah terlalu menyentuh perihal keluarga.

Tidak lah menjadi satu kesalahan jika kita mahu berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan, cumanya kita tahu adab dan peraturan yang diajar agama bila kita mahu mewujudkan suasana yang gembira dan ceria.Selagi Allah tidak kita lupa dan tinggalkan, selagi itulah gembira dan ceria kita dalam keampunan.



Namanya biarlah saya simpankan dahulu untuk dijadikan modal pada posting yang akan datang. Apa-apa pun, anak saudara saya yang pertama ini ialah seorang putri. Ini jujur, memang dia seorang putri. Kenapa saya bersungguh dengan menambah frasa diatas akan semua ketahui pada masa yang akan datang. InsyaAllah..

jutaan tahniah dan terima kasih buat kakak kesayangan saya putri salina binti md salleh diatas kelahiran yang amat bermakna buat kita sekeluarga ini. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan memberkati seluruh kerabat dan keturunan dengan amalan-amalan soleh dalam menempuh mehnah perjuangan demi agama dan negara tercinta.

Tuesday, May 12, 2009

First thing first..

Salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat yang acap kali singgah dan berlalu dengan mimik yang hampa atau hambar rasa saya semenjak dua bulan kebelakangan ini. Juga buat sahabat yang mungkin baru pertama kali singgah ke sini, ahlan wa sahlan saya ucapkan. Alhamdulillah, setelah hampir tiga bulan, ini postingan yang pertama saya berjaya terbitkan. Walaupun hal dan keadaan yang agak tergesa-gesa dalam mencari masa yang sesuai.

Sengaja saya letakkan title di atas sebegitu. Supaya kita dapat memahami dan berfikir apa yang lebih berhak kita utamakan dari apa yang berhak kita lakukan tetapi tidak diutamakan. Bukan maksud saya tidak diutamakan dengan meletakkan perkara yang tidak menjadi keutamaan di tempat yang ke dua. Sahabat sekalian sudah pun berada pada tahap minda kelas yang pertama, jadi jangan sempit kan pemikiran sahabat dalam kotak pandangan sahabat sahaja.

Secara jelasnya saya mengatakan, sehebat mana pun seseorang itu mengendalikan sesuatu hal, dia tetap berada dalam kelompok mereka yang gagal jika masih keliru dan kabur dalam mengutamakan apa yang wajib didahulukan. Walaupun wujud segelintir dikalangan kita berpegang dengan pendapat dan perinsip yang lebih kepada egois diri mengatakan tidak timbul masalah sekiranya pengalaman menjadi petunjuk dalam mendahulukan perkara yang bukan menjadi keutamaan di dahulukan.

Akhirnya mereka sendiri menyesal dengan pegangan sebegitu. Sudah terbukti sendiri dikalangan kita juga wujud simptom sedemikian. Di sini saya juga ingin menegaskan, salah jika kita meletakkan perkara yang tidak menjadi keutamaan pada tempat yang kedua seperti apa yang telah pun saya jelaskan diatas. Apa keadaan dan hal sekalipun ialah kita bijak mengatur masa dan keadaan yang sesuai dalam menjalani semua urusan kehidupan. Tidak kira samaada kita seorang anak, pelajar, pekerja, majikan, rakyat dan sebagainya, kita tetap tidak dapat lari dari fitrah manusia yang tidak mengambil berat akan setiap masa yang kita guna pakai setiap hari.

Akhirnya kita juga tergolong dalam hal mereka yang rugi dalam mengatur masa seperti yang telahpun disebut dalam surah Al-asr ayat yang pertama dan kedua. Wal iya zubillah.