Saturday, January 16, 2010

organizations of worldwide experience

Bismillah wal hamdulillah...

Ada satu ungkapan pada tanggapan saya semua pembaca dapat memahami maksud dan erti yang terdapat pada frasa yang berbunyi “ Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan” juga terdapat disana beberapa frasa yang semaksud dengan ungkapan diatas. Walau apa pun maksud ungkapan tersebut diwujudkan, tujuannya ialah hendak memberi kefahaman kepada sesiapa sahaja yang berakal bahawasanya pengalaman yang dicipta itu bukanlah satu harga yang boleh dinilaikan sekiranya ia hendak diniagakan di mana-mana bursa saham sekalipun.

Saya percaya bagi sesiapa pun yang berada pada tahap kewarasan yang sempurna, juga memiliki pengalaman masing-masing dengan seribu satu macam kisah yang tidak ternilai berbanding material di dunia ini. Dan sekiranya diwujudkan satu jawatankuasa tertinggi khas bagi menilai dan meneliti segala macam pengalaman manusia di muka bumi ini, dan jika saya adalah salah seorang ahli panel jawatankuasa tertinggi khas tersebut dalam menilai dan meniliti serta mengkaji segala macam jenis pengalaman yang dicipta, yang tercipta, yang diperolehi dari setiap detik dan masa dalam menjalani kehidupan seharian, sudah semestinya saya akan mengatakan bahawasanya manusia yang paling bernilai pengalamannya didunia ini ialah Dia yang bernama Muhammad S.A.W.

Sila emailkan pada saya jika ada sebarang bantahan diatas statement yang telah saya keluarkan sebentar tadi. Baiklah, saya cuba kecilkan sedikit ruang lingkup perbahasan mengenai frasa “PENGALAMAN” diatas, agar tidak meleret entri pada kali ini. Baiklah, terus kita lihat pada lingkungan umur pemuda dan pemudi yang bergelar mahasiswa juga mahasiswi masa kini. Maafkan saya jika ada dikalangan pembaca tidak termasuk didalam katogori diatas. Untuk lebih memudahkan lagi tajuk perbahasan, individu-individu yang cuba saya ketengahkan disini ialah mahasiswa juga mahasiswi yang berada ditimur tengah terutamanya di Mesir.

Oleh kerana tempoh peperiksaan yang semakin hampir, menyebabkan saya tidak sempat untuk membuat sebarang Research keatas mana-mana individu yang bagi pandangan saya mereka mempunyai pengalaman yang amat istimewa.Maka individu yang saya jadikan bahan kajian untuk isu ini juga adalah diri saya sendiri. Maaf sekiranya pengalaman bahan kajian ini tidak seenak pengalaman mereka yang selayaknya.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama tiga tahun berada dibumi Mesir, impian pertama saya dan keluarga akhirnya terlaksana untuk menamatkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda dibumi Shoubra dan terus melanjutkan keperingkat seterusnya di Bumi Tanta.


Jadi, sudah semestinya pengalaman yang saya perolehi tidak seistimewa mereka yang lebih lama berada disini. Persoalannya adakah mereka-mereka yang sudah terlalu lama bermaustatin disini mempunyai pengalaman yang lebih berharga jika dibandingkan dengan individu yang hanya tiga atau dua tahun sahaja berada di bumi Mesir? Apa pun jua pendapat dan pandangan yang terlalu banyak diluar sana, jika maksud utama hijrah yang dilakukan dari Semenanjung Emas ke Bumi Anbia’ tidak tercapai, pengalaman yang dicipta selama berada disini tidaklah sebegitu istimewa berbanding mereka yang telah berjaya mencipta pengalaman yang amat istimewa dalam mengejar maksud dan matlamat yang diimpikan.

Maksud dan Matlamat yang cuba saya ketengahkan sudah semestinya ia adalah perkara yang berkaitan dengan pelajaran dalam konteks kita yang bergelar mahasiswa juga mahasiswi. Jika ada yang kemari dan matlamatnya tidak seiring dengan apa yang saya maksudkan diatas, maka ianya sudah terkeluar dari tajuk perbincangan.

Maka kesimpulan yang cuba saya rungkaikan disini ialah, selama mana pun seseorang itu berada dibumi Allah khususnya di Mesir ini tidak akan dapat mengecapi nikmat pengalaman yang istimewa dalam pencarian ilmu yang tidak ternilai harganya, jika sisa masa yang ada dihabiskan kearah yang tidak selayaknya.

Pun begitu rata-rata kita hari ini samaada sedar atau tidak, pengalaman yang kita cuba cipta bersama ini telah disempitkan ruangnya demi kepentingan matlamat yang kabur dalam mengejar kejayaan yang diimpi. Yang pastinya pengalaman dalam mencari ilmu melalui kuliah dan talaqqi bersama para Masyaikh di bumi Anbia’ adalah pengalaman yang paling manis dan amat istimewa bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu dibumi Mesir.

Akan tetapi pada hakikat yang sebenarnya, apabila mana-mana individu yang bergelar mahasiswa juga mahasiswi yang berhijrah ke bumi Mesir ini sekadar mencipta pengalaman dengan mengikuti tafaqquh dan pengajian didewan kuliah sahaja, bagi saya pengalaman sebegitu bukanlah yang terbaik dan teristimewa jika dilihat dari beberapa aspek jatidiri seseorang yang bergelar penuntut ataupun pelajar. Saya juga percaya disana pasti ada Pro dan Kontranya terhadap kenyataan yang telah saya keluarkan diatas.

Jadi persoalannya apakah pengalaman terbaik dan yang paling berharga untuk kita bina bersama semasa diri masih bergelar mahasiswa juga mahasiswi? InsyaAllah akan saya cuba sampaikan pada entri yang akan datang jika diberi kesempatan masa dan juga keizinan dariNYA. Insya’Allah...

Maafkan saya, untuk yang kesekian kalinya saya gagal lagi untuk meringkaskan postingan pada kali ini. Kiranya ada yang diluar sana kurang bersetuju dengan isu yang saya cuba ketengahkan, apa-apa pun natijah yang akan saya terima selepas entri ini dipublishkan, biarlah Allah yang menilainya dari segi apa yang sepatutnya ganjaran dan balasan dariNya yang tersedia untuk diri yang dhoif ini.

Monday, January 4, 2010

.::IFTITAH::.

Bismillah wal Hamdulillah...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Pemimpin, Bapa dan Guru bagi umat akhir zaman Baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan seluruh ahli keluarganya. Para haraki yang telah bertemu Rabbnya, yang masih berjuang dan yang akan berjuang demi Islam untuk mencapai matlamat daulah, Moga dalam pertemuan kelak, kita akan bersua dalam keadaan yang aman dari sebarang murka, Ameen..

Alhamdulillah..Setelah hampir tujuh bulan "anakmdsalleh" tidak di publishkan dengan sebarang entri, dengan kehendak dan keizinanNYA satu entri berjaya dipostingkan sebagai pemecah bagi kesunyian yang berkampung dalam kadar masa yang amat lama saya kira.

Diatas sebab yang demikian, saya memohon ribuan kemaafan bagi mana-mana tetamu yang singgah dengan niat yang sengaja ataupun tidak dan berlalu dengan perasaan yang kurang enak sangkaan saya. Sungguh! waktu tujuh bulan yang lepas adalah waktu yang paling banyak saya dikurniakan dengan pengalaman yang amat berharga sepanjang saya berada dibumi anbia’ yang penuh dengan keberkahan ini. InsyaAllah jika diizinkan, akan saya kongsikan bersama-sama teman diluar sana akan segala macam kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kita bersama dalam menelusuri ranjau dan mehnah berduri dewasa kita ini.

Sebagai iftitahnya, cukuplah sekadar saya menjelaskan perkara berkaitan ini dahulu. Keluasan masa yang akan diberikan kepada saya selepas ini akan saya pergunakan semaksima yang mungkin untuk tidak membiarkan “anakmdsalleh” sepi tanpa sebarang komentar dan isu yang boleh kita koreksikan bersama dalam menuju kepada Rahmat dan Maghfirahnya..

Sekian..

Ali imran md salleh
Al-anwar Street, Awal Nuhas,
Tanta Egypt.
9 Muharam1431H, 4 Januari 2010M