Friday, May 7, 2010

Kurun Strategi

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Pengalaman tidak cukup dalam kurun ke 21, kerana dalam kurun ke 21 adalah kurun strategi. Golongan muda adalah pengurus strategi terbaik.

Dalam abad ini, siapa yang lebih konstruktif (membangun), proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut), dinamik (aktif), praktikal, akan membawa negara, bangsa, tanah air dan tamadunnya ke suatu tahap yang luar biasa. Belia adalah magnet yang mampu menggerakkan sesebuah masyarakat.

Lihat sahaja bagaimana AUKU itu sendiri tercipta. Ia adalah impak dari seorang anak muda bernama Anwar bin Ibrahim, yang berjaya menghimpunkan ribuan mahasiswa ke jalanan bagi menyedarkan kerajaan berkenaan isu kemiskinan di Baling,Kedah..

Lihat jua sejarah 7 orang pemuda yang memberi kesan kepada Kerajaan Dikyanus.

Pada kisah Ghulam yang berguru dengan pendeta dan tukang sihir.Keberanian mereka mengakibatkan perubahan besar,momentum yang dinamakan AQIDAH...ALLAH kirimkan pada anak muda,satu jiwa yang berani mencabar dan dicabar.
Kiriman rasa itu bukan sekadar semangat,tapi lahir dari kecintaan iman.

“ALLAH mempersembahkan kelibat luar biasa anak-anak muda di sekeliling Nabi S.A.W,lihatlah Saad bin Abi Al-waqqash,Az-Zubair bin Al-awwam,Mus’ab bin Umair,Ali bin Abi Thalib,dan ramai lagi.Pada usia belasan tahun mereka memimpin peperangan dan delegasi penting Rasulullah.Kenapa anak muda mendukung perjuangan Nabi??semua itu adalah suatu projek besar ALLAH bagi mendedahkan potensi sebenar seorang yang bernama anak muda Islam.”

Jika anda sekadar mampu menemui potensi diri anda seperti mampu berucap,mampu membuat kerja berat,ia bukan lagi potensi sebenar anda sebagai pejuang islam,ia hanya potensi dan minimum requirement anda sebagai mahasiswa Islam,suatu penarafan biasa yang belum boleh dibanggakan perjuangan Islam kontemporari yang sangat mendahagakan tokoh-tokoh baru bagi melapisi krisis kepimpinan muda berwibawa dalam saff perjuangan islam saat ini.

Anda bagaimana?