Wednesday, January 28, 2009

Orang Tabligh


Orang Tabligh, Ntah sape la yang bagi nama, Sedangkan kita sumer kan sama, Umat Nabi SAW semuanye, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama, Nabi dah tak de, kalau kita tak buat, sape pula, tak kan la keje ustaz dan ulama je, Yang kita nih, tak kan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh datang, Yang tadi ramai,sekelip mata je dah hilang, Yang tadi segar bugar dah tido terlentang, Yang sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang, Heh..betul la kata orang, Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang, Yang baru dapat gaji pun kata tak de duit,nak bayar hutang, Yang tadi sihat pun tiba2 migrain pulak datang, Yang menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang, Heh, dakwah ni takat cakap je memang la senang, Cuba buat, memang nak kena sabar,nak kena tenang, Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 orang datang.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu, Jumpe sumer orang tak pilih bulu, Dari ustaz sampai le kutu, Sume nak ditemu, Nak diajak pada Allah yg satu.

Orang Tabligh, Jalan bawak periuk belanga, Dipandang orang takat sebelah mata, Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa, Walaupun kekadang pedih gak telinga, Nabi dulu2 pun kan selalu kena, Dituduh dusta, dipanggil gila, Itu Nabi, apatah lagi kita, Yang banyak salah,yang banyak dosa, Takpe2, Allah kan ada, Yang Maha Mengetahui,yang mana intan, yang mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia, Memang tengah nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yang dah terbukti berjaya, Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja, Nak dapat hikmah dlm berdakwah memamg ambil masa, Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada, Dari petani, engineer, sampai la Raja, Pelbagai adat, perangai beza2, Tapi boleh makan dlm dulang yg sama, Bila keluar jemaah semua dilayan serupa, Bila nak berpisah..isk2. .keluar pulak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi, Janggut, jubah,seluar atas buku lali, Kalau nak diikutkan, memang ade banyak lagi, Kekadang tu kena gak perli, "Kita sekarang kan di zaman IT" "Tak main la sunnah2 nih!" Jangan la mcm tu bang, kita kan nanti mati, Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..

Orang Tabligh, Manusia biasa, ada hati, Sedih bila diperli,sakit bila dimaki, Bila tinggalkan rumah, rindukan famili, Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dengan bini, Or ajak anak main lari2, Or layan PS3 sampai pagi, Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi, Kena korban lagi dan lagi, Yela..hidup ni kan cuma sekali, Kalau sekarang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh, Malam2 doa hidayat, Fikir risau,macam mane nak selamatkan umat, Supaya di akhirat esok semua selamat, Orang sekarang ingat hidayat bleh senang2 dapat, Tak perlu susah2,tak perlu keringat, dan tak mahu pulak jumpe masyarakat, Just busy buat ibadat, Kalau macam tu tak de la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??" Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan, Sape saja yg bawak kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan, Semua kena bagi sokongan, Yang Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman, Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punya pegangan, So tak jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari, "I can't go..sorry!" Yang dah kawin tak nak berenggang dgn isteri, Yang si isteri mati2 tak nak suami dia pergi, Berderai2 air mata keluar mcm air pili, "Kalau abang nak gi jugak, hantar saya blik kampung esok pagi!!" Heh, org laki memang lemah bab air mata nih, Si suami pun letak balik beg,tak jadi pergi, Yang tadi josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi, Kes-kes macam ni memang banyak terjadi, Boleh tengok dengan mata kepala sendiri, Tapi kalau bab dunia(contoh:kursus naik pangkat),""no problem..,anytime kami ready!" Si isteri lambai pemergian suami dengan wajah berseri2, Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji, Wife mana la yang tak happy, Heh..ni la realiti, Bab dunia, tak payah diajak pun semua pakat2 reti, Bab akhirat, masing2 buat tak kesah,tak ambil peduli, Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh, Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa, Atau nak berlagak macam dah tera, Tak jugak nak kafirkan sape-sape, Atau sibuk2 pergi mintak derma, Cuma nak amalkan agama yang sempurna, Dengan korbankan sendiri punya diri,duit dan masa, Nak selamatkan manusia kesemuanya, Dari kena masuk neraka, Nak supaya Allah redha,masukkan kita dalam syurgaNya, Itu saja...

Orang tabligh, Seluruh dunia...naik kapalterbang. .. pakai selipar jepun sahaje... Ikhlas,..no sponsor....no subsidy..... passport penuh cop many countries.. Ade yang kerja tukang kebun sahaja... nak tanya nafkah batin? Balik dari keluar, macam pengantin baru... sama seperti balik dari fardhu haji........ .. Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .. sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi... bukan untuk mendera...speed limit sahaja... kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi.. Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut, tak naik bahteralah jadiknye... Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut.. Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut... tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke Malaysia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah.. itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya. You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers. Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW. Global politic & economy with no borders & chauvinism, M'sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

Thursday, January 15, 2009

Hari ke 19


11.50am cairo egypt. Kondisi diri di sini dalam keadaan sejuk di tahap 19darjah celcius dan boleh dikira berada dalam keadaan selesa dan selamat di bumi yang berjiran dengan gaza yang bermandikan darah dan air mata. Bersyukur atas kunian nikmat sementara terselit kepedihan melihat saudara sendiri di hancur remuk.


Sebentar tadi, kira-kira jam 10.15am waktu mesir dan 4.14pm waktu semenanjug emas. saudara-saudara seagama yang dianggarkan telah syahid ialah seramai 976 dan 4525 pula dikhabarkan cedera termasuk berada di tahap yang kritikal. Sumber dari Mini Pavilion.


Para pendaie disini.
Masih berada dalam fatrah imtihan juga tidak putus berdoa dan bermunajat qunut nazilah dan beberapa bantuan yang dikira mampu diberi untuk jasad-jasad yang menjadi mangsa ratahan Israel terlaknat.


Rancangan keji kaum terlaknat.

Kehendak dan syarat-syarat mereka mesti dipatuhi jika mahu kekejaman ini berhenti. Dayus dan serpihan laknat diri rasakan akan diberi buat yang menjadi pak turut pada bangsa yang tidak bertamadun.


Janji Maha Kuasa.
"Perancangan yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merancanakannya sendiri" (Surah Fatir : 43)

Wednesday, January 7, 2009

Air mata yang kau alirkan

Sedih dan gembira.
kadang-kadang air mata sentiasa diiringi bersama. Diantara nikmat terbesar kurniaan tuhan buat hambaNya.Pun begitu, air mata yang paling dinilai disisiNya adalah air mata yang takutkan azabNya dan mengharapkan redhoNya.

Rata-rata sekalian umat mengerti akan hakikat sebenar air mata yang di alirkan. Cuma salah keadaan dan tempat membuatkan air mata yang dialirkan menjadi sia-sia. Walaupun selaut air mata yang berhambur dari setiap kelopak mata, langsung tiada nilainya jika bukan kerana Allah diatas setiap titisan air mata yang dialirkan.

Hari ini..
Menangis kerana ada masalah dengan kekasih, menangis kerana ada masalah dengan keluarga, menangis kerana ada sebarang bentuk masalah ataupun sabarang bentuk kegembiraan. Titisan demi titisan yang dikeluarkan berhargakah?? dinilaikah disisi tuhan??

Hari ini..
Begitu banyak air mata yang mengalir di bumi saudara kita palestine. Kita juga pada masa yang sama ada yang mengalirkan air mata. Tapi atas sebab dan untuk apa?? Kalau disebabkan saudara kita di palestine air mata yang dialirkan, bernilaikah air mata tersebut?? Atau hanya sekadar pembaziran air mata yang kita lakukan?? Jika hanya air mata yang mampu kita keluarkan langsung tidak akan memberi apa-apa bantuan buat saudara kita disana.

Waktu ini..

Bantulah saudara kita sedaya yang termampu dari sekadar mengalirkan air mata yang sia-sia. Berdoalah untuk mereka jika hanya itu yang terdaya. Jangan lah sia-siakan air mata selain dari penciptaNya walaupun tiada halangan untuk menahan dari terbitnya air mata tersebut.


Monday, January 5, 2009

Peduli kah kita??

Lima hari sudah kita bernafas dengan sempurna pada tahun ini. Syukur alhamdulillah atas kurniaan nikmat. Diri sangat pasti bahawa setiap yang berakal ada agenda dan misi yang hendak disempunakan tahun ini.
diri juga tidak terlepas dari maksud tersebut.

Tahun baru..
Rata-rata makhluk berakal pada amnya. Pasti mimik yang gembira bila di ungkapkan perkataan tersebut. Manakan tidak, amat banyak kenangan manis tercipta bila kita melangkah ke tahun baru.

Terkilan..
Kadangkala keseronokan yang kita sambut, langsung tiada ertinya bila insan kesayangan kita tiada disisi. pasti ada yang bersetuju dengan pandangan diri. Tapi berartikah keseronokan yang kita sambut bila kita melupakan kepada pencipta keseronokan tersebut??

Seronokkah kita hidup lima hari ditahun 2009 bila ahli keluarga kita dibunuh selama sembilan hari dibumi sendiri??

Diri terkilan dengan mereka-mereka yang entah dimana hilang pedulinya.Seronok menyambut tahun baru, lupa pada keluarga sendiri dibunuh kejam tanpa kasihan.

Dialog..
Malaysia malam tahun baru..
"Li.. Malam ni jom kita sambut tahun baru kat KLCC nak tak?" "Haa.. cantik la tu.. Ajak la kawan-kawan yang lain sama.. baru hapening beb.. Awek pun ramai.. mesti best rr.."



Gaza malam tahun baru.. Seorang ibu..
"Abang.. anak kita soffiyah mana bang.. Kat bawah runtuhan tu abang dah tengok ke belum.. Abang.. apa salah anak kecil kita ni bang.. Abang tolong carikan kain untuk kapankan tubuh anak kita ni bang.."