Tuesday, July 20, 2010

.::Kembali Menulis::.

Bismillah wal hamdulillah...

Diketerbatasan ruang waktu ini, akhirnya diizin juga untuk saya memulakan penulisan ini setelah hampir sekian lama ruangan entri disini dibiarkan tanpa sesuatu yang boleh diambil manfaatnya.

Terima kasih...

Buat pengunjung setia yang tidak henti-henti berkunjung walaupun tiada sebarang postingan yang dibuat, maafkan saya sekiranya sesuatu yang diharapkan disini tidak dapat memenuhi kehendak pengunjung sekalian. Sesungguhnya kunjungan-kunjungan daripada kalian sedikit sebanyak telah memberi kekuatan kepada saya untuk kembali menulis walaupun masa yang diperuntukkan tidak begitu mengizinkan.

Juga terima kasih buat penulisan ini:

"aku tahu kau sedang runsing2 dengan dunia sana.

percayalah,
lagi jauh terbuka mata, lagi kasih pada yang sedia ada,
lagi sujud kau pada agungnya dia
lagi sedar gagah kuasanya.

aku tahu kau akan berenang2 di udara kota kecil itu.
tolong jangan berhenti menulis, kerana itu jiwa kamu."

Tapi sayang, penulisan bukan di jiwa saya lagi buat ketika ini. Mungkin dimasa yang mendatang. Siapa tahu? Hati saya juga sama seperti hati-hati yang berada didalam tubuh badan kalian. Cuma gelap atau cerah hanya ALlah yang mengetahui. Dan dari hati inilah moga diberi kurnia tsabat (tetap) untuk terus menulis. Ameen..

5.00 am waktu Egypt, bertolak ke kaherah untuk mengikuti program anjuran persatuan yang pernah saya terajui satu ketika dahulu. Perjalan hampir 90km diharapkan selamat sehingga tiba ke destinasi.