Wednesday, September 28, 2011

Demam esei 2.0

2.0 GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KERJA KURSUS

2.1 Bla bla bla...

i. Bla bla bla...

ii. Bla bla bla... (Maksudnya bukan keutamaan untuk dipaparkan disini)

2.2 Calon wajib membentangkan sekurang-kurangnya 1 esei atau kertas kerja dalam setiap semester.

2.3 Bla bla bla...

2.4 Bla bla blaa... (Maksud bla bla dibawah sama seperti bla bla diatas)

Untuk semester pertama, jadual kursus hanya 4 hari seminggu dan 3 jam sehari, jadi dalam seminggu kami akan menghabiskan masa sebanyak 8 jam di dalam dewan kuliah. Jumlah semua kursus dalam semester kali ini ialah sebanyak 6 kursus sahaja. Bermakna kami dikehendaki menyelesaikan sebanyak 6 esei untuk semester pertama.

Memang bukan jumlah yang banyak bila hanya 6 esei sahaja yang dikehendaki untuk kami siapkan dalam tempoh 1 semester, tapi dek bermacam kejutan bila berada di dunia asing dalam kaedah pelajaran yang baru, 6 esei yang diperuntukkan dirasakan bagai 60 esei yang mesti kami siapkan.

Baik, ini judul buku pertama dari tugasan yang pertama saya dan dua orang kawan lagi terima pada awal minggu lepas :

PEMBAHARUAN ISLAM DAN MENILAI KEMBALI ASAS SISTEM PENGETAHUAN DALAM ISLAM

Buku tersebut ditulis oleh adik kepada seorang tokoh besar dalam mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. Beliau yang dimaksudkan juga seorang tokoh Islam Liberal Timur Tengah yang cukup sensasi dengan isu-isu yang mengemparkan dunia Islam, beliau sering menggunakan nama asal sebagai nama pena dalam setiap penulisannya. Jamal Al Banna, nama yang cukup dikenali sebagai pembawa idea-idea islamic liberal era ini.

Kami diberi tugas untuk memahami tulisan di dalam buku ini, seterusnya menilai semula terhadap isu-isu yang cuba diketengahkan oleh penulis berdasarkan pengamatan ilmiah,bukan sekadar kritikan biasa dan hujah yang kosong tanpa dalil yang kuat.

Hampir masuk minggu yang kedua jika dikira pada hari pertama kami menerima tugasan ini, sungguh, karya tulisan "orang tua" ini agak sukar untuk kami fahami, lenggok balaghah yang diguna untuk memeningkan pembaca seperti kami ternyata berkesan.

Menghitung hari dalam berusaha menyiapkan tugasan dan sentiasa memohon agar diberi kurnia yang terbaik di hari pembentangan. Juga berharap, agar esei-esei lain tidak seberat kali ini.

info ringkas berkaitan buku :

Muka surat : 269
tahun cetak : 2005/1425 H
Penerbit : Darul Fikr Islami
Penulis : Jamal Al-Banna
Tajuk :

تجديد الاسلام واءعادة تاءسيس منظومة المعرفة الأسلامية


Monday, September 26, 2011

3 minggu pertama

Hampir 3 minggu dalam bi'ah yang baru, keliru dan celaru lumrah bagi setiap yang baru. Dalam menahan rindu agar tidak dihidu, bila kefahaman untuk berjuang terkadang kaku. Kekuatan hanya diharapkan pada yang satu. Dalam sujud pasrah ku mengadu.. Bantulah yaTuhanku..

Dah macam lirik lagu pun ada, tapi itulah hakikat sebenar yang mesti dilalui bila azam dan cita-cita untuk menggapai bintang tidak semudah lembut bibir yang menutur. Sahabat lain sibuk dengan kerjaya masing-masing, kita pula sibuk dengan kerja kursus yang dianugerah oleh Doktor dan Profesor untuk disiap dan dibentangkan pada dateline yang amat singkat (ada masa sebulan sebenarnya, tapi rasa macam sehari).

Sungguh, sedikit tak banyak terkesan juga dengan gaya hidup sahabat-sahabat bekerjaya yang entah berjaya ke tidak. Peranan teman dan kefahaman sebenar harus dibenak sentiasa untuk tidak tergelincir dari landasan harapan insan-insan tersayang yang tidak putus-putus menyalurkan aura semangat dari kejauhan.

Masih mencari, tajuk yang releven untuk dibentangkan di hari viva nanti. Sedang berusaha, dalam menambah baik tulisan yang masih banyak cacat dan comot dimata anda. Maaf semua, ini hanya latihan kala bosan bila ditinggal teman sebilik untuk pulang bersama keluarga.

(Macam mana nak hasilkan tulisan macam Mohd Afif Zuhdi?)

Wednesday, September 14, 2011

UKM Mood


Bismillah wal Hamdulillah...

Sudah hampir seminggu berada di Bandar Baru Bangi. Pengalaman baru dalam mencari identiti dibumi sendiri pastinya sesuatu yang lebih menyeronokkan lagi. Susah payah selama bergelar perantau di bumi asing pasti akan terus di kenang untuk dibuat penawar dikala keletihan menempuh segala dugaan disini.

Terkejut. Fenomena biasa bagi pelajar-pelajar yang bertahun merantau di negara asing. Suasana pembelajaran yang baru membuatkan pelajar ini pada peringkat awalnya ramai yang terpinga-pinga dalam mengejar setiap kehendak dan tuntutan untuk menjadi antara yang terbaik.

Doakan kami...