Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

organizations of worldwide experience 2

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH...

Timbul satu persoalan, pengalaman yang terbina selama hayat dikandung usia didunia fana yang sementara ini langsung tiada apa yang perlu dibanggakan, sekiranya jalan untuk menuju ke titik penamatnya tidak sedikitpun nilai-nilai murni dalam ajaran mulia sepanjang zaman iaitu ISLAM diterapkan.

Saya tidak mahu menyentuh pro dan kontranya terhadap persoalan diatas. Saya lebih suka menjurus kearah yang lebih positive dalam menatijahkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan tajuk demi kebaikan yang boleh dikoreksikan bersama-sama masyarakat diluar sana.

Baiklah, Saya cuba ringankan sedikit tajuk perbahasan kali ini. Dalam fantasy Ahli JawatanKuasa Tertinggi dalam menilai pengalaman yang tercipta, saya lebih menjuruskan kepada mahasiswa dan mahasiswi, dan timur tengah adalah pilihan saya pada kali ini dan Negara yang terpilih adalah mesir. Mengapa Mesir?

Kerana Mesir adalah negara yang terbanyak penubuhan persatuan pelajar Malaysia diluar negara. Sila emailkan sebarang komentar kepada saya sekiranya maklumat yang saya berikan sebantar tadi tidak benar. Mengapa saya menyentuh tentang persatuan? walhal masih banyak lagi perkara yang boleh disandarkan untuk mencipta pengalaman yang berharga di Mesir? Apakah pengalaman dalam mencari ilmu sedaya yang mungkin masih tidak layak dikatogorikan sebagai pengalaman yang amat berharga di Mesir?

Jawapan yang akan dikeluarkan oleh JawatanKuasa Tertinggi tersebut sedah semestinya adalah tidak! Kerana dalam mencipta pengalaman semasa bertalaqqi dan kuliah di University adalah terbatas sekiranya tidak diadunkan bersama ilmu qiyadah (Berpesatuan) yang amat mustahil diperolehi semasa bertalaqqi dan didalam dewan kuliah. Situasi yang amat ketara akan wujud dalam perbincangan mencipta perngalaman yang berharga jika dibandingkan antara individu yang berjaya dalam pengajian sahaja dan individu yang berjaya dalam pengajian juga masa yang sama terlibat dalam mempelajari ilmu Qiyadah.

Dan situasi tersebut terlalu banyak terjadi bila mahasiswa juga mahasiswi yang terbabit terjun bersama masyarakat di Malaysia kelak. Walaupun pada hakikat dan bukti fenomena tersebut sudah agak basi untuk dihangatkan semula, mahu atau tidak itulah realiti perit yang kita harus telan bersama bila mana masyarakat mula menghukum mahasiswa juga mahasiswi masa kini yang tidak lagi mampu bertindak profosional dalam usaha mencipta anjakan paradigma yang dilaungkan selama ini seindah khabar dari rupa, bilamana pengalaman yang dicipta selama ini tidak seindah mereka yang berusaha merebut setiap peluang yang ada dalam mencipta pengalaman ketahap yang lebih sempurna dan lebih berharga.

Beberapa pembahagian untuk membahagikan individu yang terlibat secara langsung atau tidak amat mudah untuk dilihat dibumi Mesir. Apapun realiti yang sedang diharungi anak muda disini dalam usaha mencipta pengalaman yang terbaik selama berada disini, tidaklah seteruk yang diperkatakan oleh segelintir pihak yang terlalu gerun dengan sebarang pengalaman anjakan yang cuba dicipta oleh anak muda disini.

Akhirnya, dalam usaha untuk mencapai yang terbaik dimana sahaja mahasiswa juga mahasiswi itu ditempatkan kelak, tidak dapat tidak pengalaman yang dicipta selama berada ditempat yang selayaknya pengalaman itu dicipta, haruslah dipraktikkan keberkesanannya bila berada di medan yang sebenarnya kelak. Tanpa pengalaman yang sempurna semasa bergelar mahasiswa juga mahasiswi, bagaimana anak muda itu dikatakan hebat dalam merangka dan menyusun strategi dalam kurun ke 21?

Pengalaman sempurna dan berharga tidak semestinya perlu dicipta dalam masa yang lama jika keadaan memaksa individu yang terlibat untuk berada Cuma seketika di Mesir. Pemikiran kreatif dan kritis dalam merangka dan menyusun jadual itulah formula terbaik untuk mencapai ke tahap yang dimaksudkan. Jika fikiran dalam kotak hitam yang kebal dengan keAkuan masih sukar untuk ditembus dan keluar dari kegelapan tersebut, selama itulah pengalaman yang cuba dicipta selama ini masih ditakuk yang lama.

Natijah dari semua yang dilontarkan oleh golongan muda pasti lebih teruk sekiranya tidak berjaya memandu masyarakat kearah yang lebih baik, sekiranya pengalaman yang selayaknya dicipta selama ini tidak pernah dialami semasa bergelar seorang mahasiswa juga mahasiswi.

Sekian.

Saturday, January 16, 2010

organizations of worldwide experience

Bismillah wal hamdulillah...

Ada satu ungkapan pada tanggapan saya semua pembaca dapat memahami maksud dan erti yang terdapat pada frasa yang berbunyi “ Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan” juga terdapat disana beberapa frasa yang semaksud dengan ungkapan diatas. Walau apa pun maksud ungkapan tersebut diwujudkan, tujuannya ialah hendak memberi kefahaman kepada sesiapa sahaja yang berakal bahawasanya pengalaman yang dicipta itu bukanlah satu harga yang boleh dinilaikan sekiranya ia hendak diniagakan di mana-mana bursa saham sekalipun.

Saya percaya bagi sesiapa pun yang berada pada tahap kewarasan yang sempurna, juga memiliki pengalaman masing-masing dengan seribu satu macam kisah yang tidak ternilai berbanding material di dunia ini. Dan sekiranya diwujudkan satu jawatankuasa tertinggi khas bagi menilai dan meneliti segala macam pengalaman manusia di muka bumi ini, dan jika saya adalah salah seorang ahli panel jawatankuasa tertinggi khas tersebut dalam menilai dan meniliti serta mengkaji segala macam jenis pengalaman yang dicipta, yang tercipta, yang diperolehi dari setiap detik dan masa dalam menjalani kehidupan seharian, sudah semestinya saya akan mengatakan bahawasanya manusia yang paling bernilai pengalamannya didunia ini ialah Dia yang bernama Muhammad S.A.W.

Sila emailkan pada saya jika ada sebarang bantahan diatas statement yang telah saya keluarkan sebentar tadi. Baiklah, saya cuba kecilkan sedikit ruang lingkup perbahasan mengenai frasa “PENGALAMAN” diatas, agar tidak meleret entri pada kali ini. Baiklah, terus kita lihat pada lingkungan umur pemuda dan pemudi yang bergelar mahasiswa juga mahasiswi masa kini. Maafkan saya jika ada dikalangan pembaca tidak termasuk didalam katogori diatas. Untuk lebih memudahkan lagi tajuk perbahasan, individu-individu yang cuba saya ketengahkan disini ialah mahasiswa juga mahasiswi yang berada ditimur tengah terutamanya di Mesir.

Oleh kerana tempoh peperiksaan yang semakin hampir, menyebabkan saya tidak sempat untuk membuat sebarang Research keatas mana-mana individu yang bagi pandangan saya mereka mempunyai pengalaman yang amat istimewa.Maka individu yang saya jadikan bahan kajian untuk isu ini juga adalah diri saya sendiri. Maaf sekiranya pengalaman bahan kajian ini tidak seenak pengalaman mereka yang selayaknya.

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama tiga tahun berada dibumi Mesir, impian pertama saya dan keluarga akhirnya terlaksana untuk menamatkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda dibumi Shoubra dan terus melanjutkan keperingkat seterusnya di Bumi Tanta.


Jadi, sudah semestinya pengalaman yang saya perolehi tidak seistimewa mereka yang lebih lama berada disini. Persoalannya adakah mereka-mereka yang sudah terlalu lama bermaustatin disini mempunyai pengalaman yang lebih berharga jika dibandingkan dengan individu yang hanya tiga atau dua tahun sahaja berada di bumi Mesir? Apa pun jua pendapat dan pandangan yang terlalu banyak diluar sana, jika maksud utama hijrah yang dilakukan dari Semenanjung Emas ke Bumi Anbia’ tidak tercapai, pengalaman yang dicipta selama berada disini tidaklah sebegitu istimewa berbanding mereka yang telah berjaya mencipta pengalaman yang amat istimewa dalam mengejar maksud dan matlamat yang diimpikan.

Maksud dan Matlamat yang cuba saya ketengahkan sudah semestinya ia adalah perkara yang berkaitan dengan pelajaran dalam konteks kita yang bergelar mahasiswa juga mahasiswi. Jika ada yang kemari dan matlamatnya tidak seiring dengan apa yang saya maksudkan diatas, maka ianya sudah terkeluar dari tajuk perbincangan.

Maka kesimpulan yang cuba saya rungkaikan disini ialah, selama mana pun seseorang itu berada dibumi Allah khususnya di Mesir ini tidak akan dapat mengecapi nikmat pengalaman yang istimewa dalam pencarian ilmu yang tidak ternilai harganya, jika sisa masa yang ada dihabiskan kearah yang tidak selayaknya.

Pun begitu rata-rata kita hari ini samaada sedar atau tidak, pengalaman yang kita cuba cipta bersama ini telah disempitkan ruangnya demi kepentingan matlamat yang kabur dalam mengejar kejayaan yang diimpi. Yang pastinya pengalaman dalam mencari ilmu melalui kuliah dan talaqqi bersama para Masyaikh di bumi Anbia’ adalah pengalaman yang paling manis dan amat istimewa bagi sesiapa yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu dibumi Mesir.

Akan tetapi pada hakikat yang sebenarnya, apabila mana-mana individu yang bergelar mahasiswa juga mahasiswi yang berhijrah ke bumi Mesir ini sekadar mencipta pengalaman dengan mengikuti tafaqquh dan pengajian didewan kuliah sahaja, bagi saya pengalaman sebegitu bukanlah yang terbaik dan teristimewa jika dilihat dari beberapa aspek jatidiri seseorang yang bergelar penuntut ataupun pelajar. Saya juga percaya disana pasti ada Pro dan Kontranya terhadap kenyataan yang telah saya keluarkan diatas.

Jadi persoalannya apakah pengalaman terbaik dan yang paling berharga untuk kita bina bersama semasa diri masih bergelar mahasiswa juga mahasiswi? InsyaAllah akan saya cuba sampaikan pada entri yang akan datang jika diberi kesempatan masa dan juga keizinan dariNYA. Insya’Allah...

Maafkan saya, untuk yang kesekian kalinya saya gagal lagi untuk meringkaskan postingan pada kali ini. Kiranya ada yang diluar sana kurang bersetuju dengan isu yang saya cuba ketengahkan, apa-apa pun natijah yang akan saya terima selepas entri ini dipublishkan, biarlah Allah yang menilainya dari segi apa yang sepatutnya ganjaran dan balasan dariNya yang tersedia untuk diri yang dhoif ini.