Bismillah wal hamdulillahProtaz berasal daripada dua frasa yang tidak asing bagi mana-mana masyarakat Malaysia iaitu
PROFESSIONAL dan
USTAZ yang pernah menjadi isu di malaysia lewat ini dan masih lagi diperkatakan bagi mereka yang memandang serius akan perkara berkaitan isu PROTAZ.
Seorang sahabat saya menerangkan apa itu yang di maksudkan dengan frasa protaz, Katanya yang dimaksudkan dengan Protaz ialah seseorang yang
bukan dari kalangan agamawan berhujjah ataupun menyampaikan sesuatu perkara kepada masyarakat
seolah-olah dia juga pernah mendalami ilmu agama seperti ustaz-ustaz yang selayaknya menyampaikan perkara tersebut. Walhal ilmu berkaitan agama yang diperolehi dan disampaikannya kepada masyarakat hanyalah sekadar dari
kajian bahan bacaan yang amat banyak dan senang
diperolehi di mana-mana kedai buku berdekatan anda.
Ini bermakna
anda juga mampu untuk menjadi seorang agamawan dengan hanya membaca bahan-bahan bacaan berkaitan agama dan langsung menyampaikan pandangan anda berkaitan agama kepada masyarakat di sekeliling anda! Juga cukup hanya sekadar memasuki krusus atau apa jua kelas pengajian agama yang hanya memakan masa yang singkat untuk menjadikan seorang Professional kepada ustaz!
Jadi
apa gunanya ribuan pelajar malaysia yang bertebaran di segenap pelusuk dunia

untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri jika hanya sekadar membuat kajian bacaan sahaja sudah cukup untuk memahami islam dan menyampaikan kepada manusia lain? Hinggakan hasil dari bacaan sahaja si pembaca juga sudah mampu untuk
menafsirkan ayat Al-quran mengikut pandangannya dan mengupas beberapa perkara berkaitan hukum dalam islam.
Jika anda seorang
doktor atau
jurutera atau
apa jua profesion selain dari
jurusan agama, atas hujjah apakah yang anda ingin tegakkan jika anda mahu berkata-kata segala perkara berkaitan agama? Anda ingin menyebarkan dakwah berkaitan islam kepada masyarakat diluar sana, tetapi ilmu berkaitan agama yang anda pelajari hanya
anda perolehi dari bacaan dan tazkirah di surau atau di mana jua platfrom berkaitan agama itu di sampaikan dalam masa yang singkat.
Ada juga yang akan berkata begini, "
Kami juga mahu melihat dan mengajak masyarakat di dorong ke arah kebaikan seperti yang telah di syariatkan islam.." Persoalannya, adakah setiap frasa yang saya postingkan diatas menghalang anda berbuat demikian?
Tidak sekali-kali bahkan sememangnya saya
mengharapkan yang sedemikin kerana anda juga sudah bergelar dai'e jika terdetik di hati anda untuk membuat perubahan ke atas masyarakat kita di malaysia umumnya.
Jadi mengapa setiap
frasa di atas terlalu sinikal? ini jawapan saya untuk mereka-meraka yang sudah berjaya bergelar protaz, mungkin juga ada frasa baru yang akan wujud selepas ini iaitu
prozah, Professional dan ustazah.
Sahabat yang di rahmati sekalian,
Rahmat dan nusrah Allah sentiasa bersama kalian jika kalian benar-benar ingin melihat islam ini tertegak dan berusaha untuk dilaksanakan syariatnya kepada masyarakat disekeliling kita. Saya juga amat menyanjungi sahabat sekalian jika apa yang sahabat sampai dan sajikan adalah perkara berkaitan islam untuk masyarakat
lebih diterima berbanding para agamawan, cuma sahabat harus
faham di mana kondisi sahabat bila
berkata-kata mengenai islam. Apakah
profesion yang sahabat belajar selama ini
membenarkan sahabat semua berhujjah mengenai hukum-hukum dalam islam itu sendiri? Menyampaikan hujjah berkaitan

agama dengan tidak mengetahui ayat Quran yang
nasakh dan mansukh? Menafsir Quran mengikut pandangan sendiri tanpa mempelajari
ilmu yang lima belas itu? Mampukan dengan Islam yang hanya dipelajari dan difahami hasil dari bacaan itu sudah cukup untuk mengubah gaya hidup masyarakat kita?
Persoalannya, adakah mereka yang berprofesionkan selain agama ini
sudah hilang daya dalam seni berdakwah bila tidak berkata-kata apa jua perkara yang menyentuh tentang isu hukum dalam islam dan menafsir ayat-ayat Allah? Di manakah
rasa takut itu akan wujud bila apa yang kita sampaikan tidak mencapai matlamatnya bahkan
menyesatkan masyarakat yang menerima apa jua pandangan kita berkaitan islam?
Sahabat sekalian, ketahuilah bahawa islam itu
SYUMUL. Di kalangan professional juga
terpundak amanah ini jika mahu mendaulatkan islam di bumi Malaysia atau dimana jua, Tapi ada
batasan yang mesti
tidak dapat tidak sahabat perlu berjaga dalam menyampaikan islam kepada masyarakat. Amat salah dari segi etika kita dalam berdakwah jika kita
menyampaikan sesuatu yang kita bukanlah ahli dalam perkara tersebut. Ditakuti
kitalah penyebab akan kerosakan umat yang lewat ini tercari-cari akan indahnya islam itu.
Seorang sahabat saya juga ada mengadu akan isu protaz ini sebentar tadi, katanya: " Wah..

Sekarang ni siapapun sudah boleh mengeluarkan fatwa hasil dari kajian yang diperolehi dari bacaan sahaja!
Krusus dua tiga bulan dah boleh jadi ustaz! Kita yang belajar berhadapan dengan sheikh ni pun tak dapat nak buat macam tu lagi kan imran?"
Mahu atau tidak itulah hakikat dan realiti yang saya dan rakan terpaksa hadapi lewat ini. Bertahun kami berusaha bagi menjadi ahli yang faham dalam agama ini untuk disampaikan buat masyarakat satu masa nanti,
tiba-tiba timbul isu yang mana islam itu boleh di dapati di kedai-kedai buku sahaja! Isu protaz ini cuba saya jadikan sebagai
muhasabah bagi mahasiswa azhari di dalam mencari dan mencapai tahap yang terbaik bagi memahami islam dengan lebih mendalam untuk di sampaikan buat masyarakat kelak.

Sejujurnya entri ini
bukanlah cubaan saya untuk mewujudkan jurang dikalangan agamawan dan professional itu sendiri, yang setulusnya tiada beza di antara dua kelompok ini. Hanya membezakan kita adalah
ketakwaan terhadap Allah S.W.T. Kita mampu bergerak seiring dalam memandu masyarakat kearah yang lebih baik jika kita
tahu di tahap mana kondisi dan etika kita dalam menyampaikan dakwah akan islam yang amat luas pentasnya di dunia ini.
Wallahu'alam.
Firman Allah taala dalam surah An-nisa' ayat 58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَاSesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)
P/s : Sila klik
sini untuk mengetahui lebih lanjut..