Wednesday, September 28, 2011

Demam esei 2.0

2.0 GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KERJA KURSUS

2.1 Bla bla bla...

i. Bla bla bla...

ii. Bla bla bla... (Maksudnya bukan keutamaan untuk dipaparkan disini)

2.2 Calon wajib membentangkan sekurang-kurangnya 1 esei atau kertas kerja dalam setiap semester.

2.3 Bla bla bla...

2.4 Bla bla blaa... (Maksud bla bla dibawah sama seperti bla bla diatas)

Untuk semester pertama, jadual kursus hanya 4 hari seminggu dan 3 jam sehari, jadi dalam seminggu kami akan menghabiskan masa sebanyak 8 jam di dalam dewan kuliah. Jumlah semua kursus dalam semester kali ini ialah sebanyak 6 kursus sahaja. Bermakna kami dikehendaki menyelesaikan sebanyak 6 esei untuk semester pertama.

Memang bukan jumlah yang banyak bila hanya 6 esei sahaja yang dikehendaki untuk kami siapkan dalam tempoh 1 semester, tapi dek bermacam kejutan bila berada di dunia asing dalam kaedah pelajaran yang baru, 6 esei yang diperuntukkan dirasakan bagai 60 esei yang mesti kami siapkan.

Baik, ini judul buku pertama dari tugasan yang pertama saya dan dua orang kawan lagi terima pada awal minggu lepas :

PEMBAHARUAN ISLAM DAN MENILAI KEMBALI ASAS SISTEM PENGETAHUAN DALAM ISLAM

Buku tersebut ditulis oleh adik kepada seorang tokoh besar dalam mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. Beliau yang dimaksudkan juga seorang tokoh Islam Liberal Timur Tengah yang cukup sensasi dengan isu-isu yang mengemparkan dunia Islam, beliau sering menggunakan nama asal sebagai nama pena dalam setiap penulisannya. Jamal Al Banna, nama yang cukup dikenali sebagai pembawa idea-idea islamic liberal era ini.

Kami diberi tugas untuk memahami tulisan di dalam buku ini, seterusnya menilai semula terhadap isu-isu yang cuba diketengahkan oleh penulis berdasarkan pengamatan ilmiah,bukan sekadar kritikan biasa dan hujah yang kosong tanpa dalil yang kuat.

Hampir masuk minggu yang kedua jika dikira pada hari pertama kami menerima tugasan ini, sungguh, karya tulisan "orang tua" ini agak sukar untuk kami fahami, lenggok balaghah yang diguna untuk memeningkan pembaca seperti kami ternyata berkesan.

Menghitung hari dalam berusaha menyiapkan tugasan dan sentiasa memohon agar diberi kurnia yang terbaik di hari pembentangan. Juga berharap, agar esei-esei lain tidak seberat kali ini.

info ringkas berkaitan buku :

Muka surat : 269
tahun cetak : 2005/1425 H
Penerbit : Darul Fikr Islami
Penulis : Jamal Al-Banna
Tajuk :

تجديد الاسلام واءعادة تاءسيس منظومة المعرفة الأسلامية


0 comments: