Tuesday, December 30, 2008

Lembaran baru


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah tuhan yang satu.
Pencipta kepada sekalian yang bergelar makhluk.
Selawat dan salam atas junjungan baginda Muhammad s.a.w.
Serta seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Alhamdulillah..
Teman-teman sekalian..
Sedar mahupun tidak..
Ini dan disini lah kita sekarang..

Saat dan masa yang lalu telah bersama kita tempuh..
Di alam yang tiada siapa tahu hayatnya..
Melainkan Rabb dan kekasihnya yang tercinta..
Baik atau buruk natijah yang kita tinggalkan..
Muhasabah diri menjadi panduan untuk teruskan kehidupan..

**********

Lama juga diri tidak sempat untuk membuat postingan..
Kebiasaan bagi sesiapa yang bergelar pelajar..
Masa untuk berehat tidak menentu dan sememangnya begitu..
Sebab itu diri diajar untuk mengorbankan apa yang mampu..

Akhir-akhir ini, diri rasa ramai di kalangan kita yang tahu..
Akan rancah alam di abad dua ribu..
Sempat diri terbaca bermacam-macam penulisan..
Iktibar dan pengajaran yang diri rasa perlu di ambil..
Bukan cacian dan makian yang patut di hunjamkan..

**********

Di sempena pembukaan tahun yang baru..
Diri juga berniat agar bersih di lembaran yang baru..
Biarpun ada suara mengatakan diri hanya berlagak sebagai pejuang agama yang buta dengan citarasa remaja..

Biar jutaan suara sekalipun yang menghunjam..
Cukuplah hanya satu suara yang diri dambakan redhoNYA..
Bukankah ikhlas itu rahsia yang hanya di ketahui olehNYA??

Pun begitu, diri tidaklah sempurna seperti teman diluar sana..
Masih banyak yang diri perlu pelajari..
Agar tidak tergelincir dalam menempuh arus ini..

***********

Akhir bicara..
Biar kita yang berpegang dengan azam..
Jangan azam yang kita tanam terkubur sepi tanpa diusaha..
Jaga hati dan bicara bila bersuara..
Salam maal hijrah 1430 buat teman-teman diluar sana..



Thursday, December 18, 2008

Masa


Entri ini kali diri meminta maaf pada kamu-kamu yang mengikuti penulisan diri.

Akhir-akhir ini masa tidak berapa mengizinkan diri untuk membuat postingan..


Apa jua keadaan sekalipun, diri berharap pada teman jua buat pengujung setia sekalian agar sentiasa memberi sokongan dan dokongan buat diri dalam mengharungi mehnah dan ranjau dalam perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Akhir kalam, Pergunakan masa kalian ke arah yang memberikan faedah buat agama Islam tercinta. Ingatlah.. tanpa agama, tiada nilai kita di sisi Tuhan..

Saturday, December 13, 2008

Menjana Gerak Kerja Islami

Firman Allah S.W.T. : "Nabi Muhammad SAW ialah Rasulullah, dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat, rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpahan kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang yang soleh), terdapat pada muka mereka tanda sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka tersebut didalam kitab taurat dan sifat mereka didalam kitab injil pula ialah ; bahawa mereka diibaratkan sebagai pokok tanaman yang mngeluarkan anak dan tunasnya, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar."


Merujuk kepada ayat 29 surah al-fath di atas, nyata kepada kita bahawa kesinambungan dakwah telah bermula sejak dari zaman nabi Adam sehingga kepada Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Tugasan ini seterusnya terpikul ke bahu setiap dari kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT untuk terus menyampaikan risalah penuh makna ini.

Kita diberi peluang oleh Allah untuk menjadi umat Muhammad SAW perlu tegas dan berani serta mantap untuk terus berhadapan dengan golongan-golongan yang masih tidak menerima Islam sebagai satu sistem kehidupan. Sudah pasti stategi dakwah pasca post era globalisasi perlu diupgradekan oleh setiap da'ie memandangkan musuh-musuh telah terlebih awal memulakan langkah melakukan re'packaging' kepada dakyah mereka.

Untuk itu, gerakan dakwah sekarang, bahkan dahulu lagi perlu mengorak langkah bagi memastikan dakwah kepada massa terus dijana. Beberapa cadangan di bawah perlu diperahatikan oleh para ahli gerakan terutamanya saff kepimpinan sidetiap peringkat. Antaranya ;

.::Gerakan didasari dengan prinsip ilmu::.

Sebagaimana maksud firman Allah di dalam surah al-'Alaq : 1, setiap dari kita mesti menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama dengan sebanyak mungkin untuk difahami dan diamalkan.

Perkembangan agama Islam melalui majlis seperti kuliah Maghrib tidak sepatutnya dilepaskan oleh seorang da'ie. Sebagaimana Islam berkembang di kota madinah, begitu jugalah niat kita sepatutnya supaya Islam berkembang di Malaysia seterusnya dunia yang hanya berpaksikan kepada ilmu.

Menurut imam As-Syafi'e : "Orang yang menyukai ilmu tidak ada kebaikan padanya malah ilmu itu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut".

Ketika ini, musuh-musuh kita telah lebih dahulu mengemukakan hujah-hujah ilmiah untuk menimbulkan kemusykilan terhadap pegangan islam seseorang muslim itu sendiri.

Kita lihat begaimana Astora jabat (jebon) dan Sisters In Islam petah mengemukakan hujah ilmiah sambil mengekplotasikan medium yang disebar luas dan diterima umat islam, majalah Al-Islam dan ruangan agama di dalam akhbar.

Bigitu juga 'repackaging' kerajaan yang menampilkan Islam Hadhari sebagai alternatif kepada massa yang tidak berupaya mengkaji Islam sebaik mungkin. Justeru, kepimpinan baru harus mengemudi ahli-ahli agar mapan dan mampu menghadapi cabaran dalam bentuk 'ghazwul fikri' ini.

.:: Dakwah kepada yang terhampir ::.

Maksud firman Allah SWT dalam surah al-syu'ara' yang bermaksud : "Dan berilah peringtan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang terdekat". Dengan ilmu yang kita perolehi selama ini. ianya perlu disampaikan kepada ahli keluarga yang terdekat.

Kita lihat pada hari ini, ada di kalangan pimpinan gerakan yang terlepas pandang untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada kaum keluarga. Sehingga mungkin ada di kalangan ahli keluarga ini yang menjadi penentang dan menghalang dari terus bersama dengan gerakan.

.::Muraqabah::.

Firman Allah dalam surah al-kahfi : 28 yang bermaksud, "Dan jadikalan dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janglah engkau mematuhu pengajaran yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tinglah lakunya pula adalah melampaui kebenaran".

Pertama sekali, letakkan diri kita bersama-sama pejuang agama yang taat dan petuh kepada perintah Allah dan Rasul.

Jangan sekali-kali taat dan patuh pada mereka yang Allah telah lalaikan hati-hati mereka dari mengingati Allah.

Gunakan segala medium yang telah diabaikan kebanyakan penggerak dakwah... Surau, masjid perlu diimarahkan baik muslimin mahupun muslimat. Di samping menyuburkan rohani, kita boleh menonjolkan kepimpinan dan tujuan serta manhaj gerakan kita kepada masyarakat seterusnya memandu mereka ke jalan yang lurus. Kemahiran yang kita perolehi; bertazkirah, ceramah, membuat risalah,berprogram dan sebagainya perlu dimanfaatkan dan digunakan selaras dengan keadaan semasa (waqi'e)

.::Senjata utama penggerak dakwah::.

Doa dan solat adalah senjata utama kita. Amalkannya dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah di samping memohon restu dari-Nya. Maksud firman Allah dalam surah al-Baqoroh : 153, " Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah solat dan sabar sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar".

.:: Persediaan dari seluruh aspek mengikut perubahan masa dan tempat::.

Sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Anfal : 60, menyeru Muslim menyediakan kekuatan semaksima yang termampu. Kekuatan perludari semua aspek kehidupan samaada dari segi ekonomi, penyampaian ilmu, pertahanan diri dan sebagainya.

Agama Islam itu tidak lemah, tetapi penganutnya yang semakin lemah kerana lalai dan meninggalkan ajaran-Nya. Semuanya adalah akibat daripada asakan dan tumpuan utama pembangunan dan kemajuan dunia diberikan keutamaan berbanding pembangunan rohani.

Akhir sekali, apakah kita ini benar-benar terdiri daripada pejuang agama Allah?? Jika ya, teruskan perjuangan kita dalam apa jua bidang yang telah dianugerahkan oleh Allah melalui bakat, ilham dan kekuatan dalam setiap insan. Jangan harapkan balasan dan penghargaan manusia, tetapi haraplah rahmat dan redha Allah...

Thursday, December 11, 2008

KeAkuan

'Aku sorang ketua yang bagus'
'Aku seorang yang rajin'
'Aku seorang AJK yang lakukan semua kerja'
'Aku pengarah yang berjaya'
'Aku mempunyai pandangan yang paling baik'
'Aku pandai dalam melakukan semua gerak kerja'
'Aku lebih pandai berkata-barkata dari orang lain'
'Aku lebih baik dari semua orang'

Apa yang kalian boleh tafsirkan daripada ungkapan yang diri cuba berikan diatas?? Terfikir sejenak, bila semua ungkapan ini diajukan kepada umum... Reaksi apakah yang akan wujud bagi yang mempunyai telinga yang mendengar?? Akal untuk berfikir?? Apakah disebalik semua ungkapan diatas terselindung niat suci yang tidak diketahui?? Atau sememangnya wujud niat kotor dengan helah dengki yang busuk..

Fitrah manusia, Tidak selalu melihat kepada niat baik atau buruk seseorang.. Tapi lebih kepada apa yang diungkap dan dibicarakan..
Ada segelintir suara disana mengatakan.."Jelas dan nyata niat seseorang dari ungkapan yang dibicara"

Diri tidak pandai dalam berkata-kata.
Tetapi diri pantang di hunjam dengan tuduhan membuta.
Tanpa dicari apa sebab dan puncanya.

KeAkuan, semua tahu dari mana asalnya..
Mengapa hendak merasakan tahu akan segalanya??
Sebabnya, "Aku orang lama.. Aku lebih baik dalam segala-galanya.." Apa mahmudah yang kalian lihat dari ungkapan berikut..

"Aku orang lama, tahu semuanya..
Kau orang baru, akur dan angguk semua bicaraku..
Cadangan dan pandangan aku itulah terbaik..
Jangan orang baru cuba mencebik..
Selain orang lama, semuanya aku lihat jelek.."

Kalian pandai berfikir..
Jangan buta kan pandangan dan pekakkan telinga..
Dari takut kan suara yang bergelar "LAMA"
Selagi kebenaran yang diri rasa bersama..
Jangan kau bongkak si orang lama..

Tuesday, December 9, 2008

Jalan lurus

Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua

Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang keenam solat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua


Monday, December 8, 2008

Bila diri bercerita

Esok raya aidil adha... jutaan ummat islam menjalankan kewajipan di dalam rukun islam yang kelima... Moga-moga semua dikurniakan haji yang mabrur... Amin...

Tapi kenapa dengan diri malam ini terasa sedih dan sayu?? Perasaan ini tidak dapat diri sempurnakan dengan tulisan yang sebegini rupa... Mungkin diri tidak bernasib baik seperti sahabat-sahabat yang sedang khusyuk menjalankan amal ibadat di tanah haram saat dan ketika ini...

Tapi siapakah diri untuk mengeluh ketentuan yang telah ditetapkan ini?? Yakinkan diri, pasti terselindung ribuan hikmah di sebalik apa yang terjadi...

Sebenarnya keadaan dan situasi sebegini bisa terjadi bila terdengarkan gema laungan takbir... Sedih, sayu, pilu, rindu, kenang, sayang dan seribu satu macam lagi kesebakan menyerang perasaan, bagi diri yang berada dikejauhan...

Ya... Ada juga kedengaran suara-suara mengatakan... "Alaa... Raya haji je pun... Kalau raya puasa yea la jugak nak sedih-sedih..." Bagi diri yang mendengarkan ungkapan sebegitu, merasakan tidak relevan langsung bagi yang mengutarakan pandangan sedemikian...
Bukankah manusia diciptakan dengan ribuan bahkan jutaan perasaan dan fitrah yang berbeda?? Diri ini tidak mengambil kesah akan ungkapan kosong, selagi apa yang diri lakukan tidak melanggar syariat dan tidak pula menjadikannya sebagai adat... dalam menyambut hari kemenangan sekalian ummat...

-Buat insan yang diri amat cintai-

Mak... Abah... Dikesempatan kurniaan tuhan ini, dari jauh diri memohon ribuan kemaafan diatas segala perilaku yang telah diri perbuat dalam sedar dan tidak... Sungguh diri alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, seorang anak, seorang pelajar dan seorang rakyat yang berusaha menempa tempat di mata dunia dan akhirat pada perlembahan subur bumi anbia' ini...

Sebenarnya... Sungguh diri ini rindu dan terkenang saat mak dan abah disisi dahulu... Diri ini hendak menangis... Tapi diri sedar... Bukan kanak-kanak lagi diri ini sekarang...

Mak... Abah... Diri tidak kesah jika wujud suara-suara mengatakan yang diri ini anak manja mak dan abah... Bahkan, diri ini suka dan seronok bila ada ungkapan yang mengatakan sebegitu... Terasa diri ini amat dekat bersama-sama mak dan abah...


Mak... Abah... Bukan kehendak diri untuk tidak menghubungi terus ke telefon bimbit mak dan abah di malam raya sebegini... Tapi... Wang belanja yang diterima menyebabkan diri ini tidak mampu untuk berbuat demikian...

Ya mak... Abah...
Disaat ini, diri terlalu merindui kelembutan suara mak... Kematangan suara abah... Tapi... Inilah diri disini sekarang... Dengan kerelaan, diri MENGORBANKAN kerinduan yang di saat ini sahabat-sahabat lain puas melepaskan kerinduan masing-masing bila terdengarkan suara insan kesayangan mereka... Tapi diri ini tidak kesah... diri sedar akan kondisi kita dimana... Diri pasrah, redho dan terima semua ketentuan yang tuhan kurniakan ini...

Diri juga amat sedar dan pasti, tidak pada diri ini juga mengalami situasi yang sebegini... Bahkan ada yang lebih susah dan sebak kisah mereka dari diri yang berpeluang untuk menterjemahkan perasaan diri disini... Khas buat tatapan mak dan abah yang amat diri cintai...
Akhirnya diri teringat akan ungkapan panjang berkenaan raya buat mak dan abah... Juga buat semua pengunjung yang diri hormati sekalian...

"Raya mengingatkan kita kepada fitrah yang mulia...
Pada satu amanah dan janji tuhan buat hambanya...
Jadi khalifah berbakti memakmurkan mayapada ini...
Dengan hukum-hukum tuhan dan perintahnya untuk semua...

Sudahkan tuhan dibesarkan didalam jiwa dan jua fikiran...
Pada lisan dan perbuatan didalam usaha dan gerak kerja...
Disuatu hari... disuatu hari raya...
Diribuan hari sepanjang usia...

Disini ujian bermula untuk menjadi hamba yang setia...
Disini sejarah bermula untuk menjadi khalifah yang waja...
Apakah tuhan telah dibesarkan disetiap masa, tempat dan suasana..."

Sunday, December 7, 2008

Arti sebuah pengorbanan

Assalamualaikum...
Pertama dan selamanya daku memohon ribuan kemaafan kirannya selama terjalin silaturrahim nie, ada beberapa kali dalam sedar atau tidak, diri dah wujudkan rasa ketidak puas hati pada diri yang terasa...
Di kesempatan yang kebiasaan segelintir manusia lain menganggap perkara berkaitan kemaafan hanya sesuai di adilfitri, tetapi tidak pula bagi diri... Kerana setiap peluang kita yang bernafas di alam sementara ini, selama itu lah peluang kemaafan dan meminta maaf masih terbuka seluas langit yang ketujuh...

Kawan, Sahabat juga teman yang ku sanjungi...
Aku Mentah dalam menjalani ranjau perjuangan...
Tunjuki aku hikmah mulia luqmanul hakim...
Hati ini genggaman tuhan...
Terkadang ke atas... terkadang kecundang...
Demi erti pengorbanan kisah agung insan bertuhan...
Terus ku hayati mengenal arti dalam berjuang...
Tapi sahabat... Aku lemah, hingusan mentah...
Memerlukan bahu untuk ku berpaut dari terjatuh...
Jangan tinggalkan aku dalam kepedihan menghukum...
Sambut, pimpin dan bantulah diri ke arah yang dituju...
Bersama diri yang dahagakan kemanisan berjuang...
Dalam pengorbanan mencapai maksud yang satu...

Sahabat...
Demi kebesaran sambutan umat terbaik diakhir zaman...
Hina diri ini berhasrat untuk berkata benar...
Meskipun tiada pahit kebenaran dari perkataan...
Lebih baik dari membisu prasangka busuk...
Terjemah, rungkai dan selidik sebaik mungkin...
Ketaatan kisah suci tiga insan agung...
Dalam menjalani singkat kurnian pinjaman...
Moga kau dibawah panji kebenaran...
Bersama mereka insan pilihan Maha Agung...
Wujudkanlah diri hasilan terbaik singkatan ini...
Mohon aku peminta yang kau lihat di jalanan...
Ingatlah apa erti kurnian pinjaman...
Jika hidup tiada pengorbanan...



Saturday, December 6, 2008

Terjemahkan pengalaman ke pengajaran

Hari jumaat lepas asar...

- Ke haiyyu asyir :-
  1. Ambil duit peruntukan program kat ydp.. (jumpa kat masjid walidain dan solat maghrib selepasnya)
  2. Ambil segala surat berkaitan program aidiladha.. (Kesilapan teknikal, surat tak dapat siap.. sedikit kecewa tapi ku maniskan muka)
  3. Hantar borang asrama dan cd writer di rumah pahang... (Tuan cd writer tak ada.. begitu juga yang bertanggungjawab menyimpan borang... Mujur ada juga seorang.. Senior lama)
- ke Roksi :-
  1. Bertolak dari asyir ke roksi dengan pengalaman yang pertama menaiki bas (Sebelum ni naik keretapi ayam jer dari ramsis)
  2. berkenalan dengan sahabat dari singapore dan indonesia selepas ditanyakan soalan bagaimana hendak ke roksi dari asyir.(Jawapannya... Semua tidak tahu dan Ngak tahu dong.. Dengan gembira terus menuju ke masjid untuk solat isyak dahulu.. Gembira sebab dapat kawan baru dengan bahasa yang berlainan)
  3. Berkenalan dengan mamat arab setelah menaiki bas dan menjanjikan akan turun bersama bila tiba di roksi nanti.(Tapi menghilangkan diri sebelum tiba ke tempat yang dituju.. )
  4. Dua orang pakcik perihatin membantu bila melihat gelagat anak melayu kesesatan.. ( "U bulih turun kt sini.. Dah sampai Roksi dah ni.." "Oh? Yea ker.. Thanks uncle.." dalam bahasa arab ammiyah..)
  5. Misi mencari kedai komputer.. (Tujuan utama nak beli printer...)
  6. dalam beberapa jam kemudian.. Masih tidak tercapai misi.. (Terbeli pendrive 8gig dan 4gig... lain di cari, lain di beli... )
  7. Keputusan terakhir... Beli lepas raya haji.. (Taukeh kedai cakap lepas raya ada yang murah.. Mungkin ada orang buat korban printer kot.. Mana tahu..)
  8. Penat.. Letih.. Pening... Bengang... Sesak... Misi gagal di selesaikan hari ni.. Pasti ada hikmah... (Apa hikmahnya?? Jeng,jeng, jeng.....)
  9. Kelaparan menyerang selepas melalui pelbagai situasi... Ternampak satu papan tanda menarik... Ditulis.. COOKDOOR... (Berlari-lari ke arah papan tanda tersebut... Dan menjerit.. Kami lapar!!!!.... *Dalam hati jer jeritan dan larian yang dimaksudkan*)
  10. Pizza seafood paling besar untuk dua orang.. Air dan kentang sekali jadi santapan dua anak melayu yang kelaparan... ( Tapi kami tetap tenang dan control macam orang yang tak lapar.. Adab kena jaga.. kn?)
  11. Selepas sejam proses menhabiskan pizza seafood dan makanan yang lain.. kami bergerak pulang.. Pulang dengan tidak tahu arah mana dan kemana hendak dituju.. Mahu tak mahu, terpaksa bertanya...( Terima kasih pakcik dan makcik penjual surat khabar malam...)
  12. 11.20pm tiba di ramsis dan terus turun ke platfrom perlepasan METRO... 10minit menuggu flight.. Akhirnya tiba jua... ( Niat balik nanti... nak siap2 dan terus tido.. sebab esok pagi kena ke asyir semula atas tujuan mesyuarat kali ke-2)
  13. 12.10am.. sampai rumah... Alhamdulillah... Segala penglaman hari ini akan ku simpan buat pengajaran di hari kemudian... Terima kasih teman....

Friday, December 5, 2008

Biar di pijak rasa ini

Marah, geram, bengang dan benci...
Bila rasa diri dilihat dungu...
Pada mata kabur keji, dengki dan busuk...
Bila khayalkan diri suci dari kotor...
Pada anggapan usia matang diakal...
Kata aku benar,suci, pahala dan tiada noda...
Jelmaan azazil dalam lemah kotoran jasad...
Sangkaan rasa songsang di banggakan...
Benar dan haq bukan kepunyaan si tuli yang dungu...
Bila kekaburan keji dengki menutup segalanya...
Biar di maki dan keji rasa ini...
Kelak balasan dan hukuman di kurnia...
Terima lah hormatan ini wahai si tuli yang dungu...
Bila keji dengki menguasai diri....

Rupanya....

Pertemuan yang entah bila akan berkunjung…
Kali ke dua tercipta bualan-bualan suci…
Harap ada kali yang tiga dan seterusnya…
Paksa jasad dan nafsu…
terus penuhi kekenyangan roh…
Permulaan sebeban gunung di kepala…
Rupanya rasakan dibeban…
Beralih ke sutera emas…
bagi deria yang melihat…
Bila tiba satu masa…
Selagi hati belum ditelangkup…
Ada jalan yang dituju akhirnya…
Moga paradigma hasilan terbaik…
Dianjakkan ke deria mereka yang bergelumang kepunahan…
Rupanya bibit kecil pertemuan…
Penunjuk ke jalannya…

Thursday, December 4, 2008

yang mana satu??

Pengalaman pertama mengajar segalanya.. Syukur di berikan peluang untuk merasa kesusahan teman yang pernah melalui situasi yang sama.. Kini kita serupa..berjuang dalam mencapai maksud dan tujuan demi agama, bangsa dan negara.. sini.. Aku sertakan kepeningan memilih backdrop yang di rasakan cantik dan buruk.. lawa dan hodoh..
Aku pelajar.. Perkara di alam pembelajaran acap kali dinilai dan di berikan tunjuk ajar.. Hasil yang berada dibenak fikiran, aku luahkan untuk diberikan pandangan.. Pengajaran yang aku dapat, akan ku simpan dan praktikkan.. InsyaAllah... Terima kasih teman..


















































































































































Ikut gerak hati

Berkata luar di batas kemampuan??
Mata yang sering pandang salah dan jelek..pelik..
Pandangan dan suara diutarakan berbunyi songsang..
Siapa diberikan kuasa untuk menghalang.. Tidak pada manusia yang takut pecah tembelang..

kemampuan dalam memberikan kata tidak diendah dan kesah..
Awal maksud dan tujuan dicipta untuk resah..
Asal tercapai hasrat mengelirukan mata yang melihat..
Kesudahan yang pasti kabur dan sumbang ke telinga yang mendengar..

Katalah sesuka gerak hati…
Setiapnya pasti dihitung akan pahala dan dosa..
Ijazah berkata diluar kemampuan sempurna dinobat..
Ijazah jalanan yang dilihat tinggi oleh segelintir si dungu..

Wednesday, December 3, 2008

Anak muda...Agenda tersirat dari kekaburan yang diwujudkan

Kenapa anak muda menjadi pilihan title kali ni yea?? Bukan ape.. Cuma tertarik dengan salah seorang dari ribuan bolgger anak muda yang berasal dari tanah melayu yang rasenye masih lagi mengaku beragama islam... Tarik nafas dalam-dalam.. Tenangkan minda.. Dan ingat batas-batas yang dah di tetapkan bagi kita yang masih lagi hidup beretika sebagai muslim.. Kalau yang bukan muslim bukan persoalannya disini..

Urmm... Memang akan dipertikai tentang hak atau kebebasan bersuara.. Yea.. Memang kite berhak mengeluarkan pendapat yang terbungkam dalam benak masing-masing.. Tambahan bagi yang berdarah panas... Memang tidak dapat tidak, melenting atau ketidak puas hati akan wujud bile hak dan suara di perkotak katikkan... Tapi kan.. Macam yang di sebut awal tadi.. Tahap tinggi mane pun kebebasan kite untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat peribadi, memang tak dapat lari dan elak daripada etika atau pun syarat kite sebagai muslim.. Kan? Dari permulaan sejarah islam itu sendiri dah diajar kan etika dan batas kite yang mengaku diri islam sejak dari lahir..

Kenapa hidup kena beretika yea?? Urmm... Soalan ni budak darjah enam pun pandai jawab rasenyer... Tapi dah jadi lumrah, manusia juga tak dapat lari dari penyakit LUPA.. Sekadar memberi peringatan.. Kan dah lame dah Allah sebut.. "Dan beri lah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi orang mukmin" Mukmin yang dimaksudkan, khusus bagi mereka yang mengaku beragama islam.. Jadi, dengan peringatan demi peringatan lah.. Ubat bagi penyakit kelupaan bagi setiap makhluk yang berakal.. Begitu juga dengan persoalan hidup dengan beretika.. Dengan wujud makluk yang berakal lah wujud jugak etika-etika dalam menjalani kehidupan yang singkat tapi terlupa atau sengaja dilupakan dengan merasa diri mampu bertahan seribu tahun atau lebih... siapa tahu??

Anak muda... makhluk berakal semua pernah merasa, dan akan merasa juga dalam merasa kejiwaan anak muda.. Pendapat kite dirasekan terbaik, dan sebarang penjelasan tidak mampu menembus kekebalan ego bagi yang bergelar anak muda.. Biar la ape orang nak kate, nak caci, nak maki, nak hina, nak ludah.. Anak muda tak kan pernah rase sudah... yang pasti jiwa anak muda pendapatnya tidak dirasakan salah... Yea... Memang susah dan hina bagi anak muda yang tidak menitik beratkan etika dalam menyuarakan pendapat untuk merasekan pendapatnya SALAH...

Salah didikan atau asuhan?? Kemampuan akal fikiran yang dipinjamkan ni gunakan dengan sebaiknye ke jalan dan arah tuju yang dah lama Islam ajar.. Anak muda ni kurang ajar ke?? Atau permulaan asuhan memang tidak diajar untuk bahagia dan aman dalam mengamalkan etika-etika seorang mukmin atau pun muslim...

Anak muda bangga dengan title MINDA KELAS PERTAMA... jadi merasakan hak dan pendapat anak muda wajar dan wajib di PAK TURUT kan buat mereka yang bukan lagi bergelar minda kelas pertama... Harapan bangsa dan agama kah anak muda yang melanggar segala bentuk etika dalam menyuarakan hak dan pendapat?? Kenapa anak muda diberikan harapan pada bangsa dan agama?? Mereka yang dah hilang title anak muda tak boleh harap ker?? Teliti dan fahami maksudnya bagi mereka yang berada di tahap minda kelas pertama, sebab ape di wujudkan slogan yang sebegitu rupa.. Kelas ke berape pun minda anak muda muslim, tetap tak dapat tidak.. tak boleh lari dari etika dan gaya kita dalam menyuarakan hak dan pendapat....

Tuesday, December 2, 2008

4 petang sampai 11 malam

Asal bukan sebelum pukul 4 lagi hari ni aku dah kuar rumah.. Tapi memandangkan aku terlupa sesuatu.. Atau dalam bahasa melayu yang lainnye.. Aku tertinggal barang kat rumah.. Adeh... Penat giler.. Rupanya aku tersilap bawak pendrive masa nak print tadi.. Nak tak nak terpaksa patah balik la jawabnyer.. Huhuhu... Sesampai je tempat yang nk dituju.. Aku pun beli la buah tangan.. Biasa laa... Nak pergi ziarah orang dengan berhajat.. Tak kan la nak tangan kosong pulak kan.. Ikhlas atau pun tidak.. Allah taala je yang mengetahui.. Korang tak payah sibuk-sibuk nak tahu aku ikhlas ke tak.. Korang bace je ape aku nak cerita ni sudah.. He he he...

Memang la nasib aku mase smpai je pejabat PMRAM.. Hajatnye nak cop iklan.. Yea la kan.. tak lame lagi bebudak wilayah kat sini nak dapat imarah baru dah.. Dah selesai je cop dalam 15 keping.. Ust keny plak cakap iklan aku buat tu tak lulus sebab ade dua lambang.. Laa... Mane la aku nak tau.. Aku pon satu.. Tak tanya dulu.. So.. Padan la muka aku... jadi.. sesape nak buat iklan yang nak cop PMRAM.. Lepas ni.. Sile letak satu logo je tau.. Logo PMRAM jer.. Dah memang macam tu etika die.. Korang tak payah banyak soal.. Huhu.. Jadi.. Aku ngan hati yang macam orang lari dari ah-long pon terpaksa la terima keputusan tu... 15 keping iklan 2.. Akan aku buat conteng-conteng.. Lepas geram kat aku sendiri yang buat kerja tak tanya orang.. Huhu..

Lepas habis je kesah aku kat pejabat PMRAM.. Aku pon pergi la jumpa dengan orang yang ade buat temujanji ngan aku.. He he he.. Ape?? Korang jangan fikir bebukan plak.. Lelaki laa... Die nak bagi aku duit.. Sebab aku tolong kawan zaujah die beli barokah nak kirim kat bapak die kat mekah sana nuu... Huhu... Jumlah semua 112.50pound EGYPT.. Kami berdating di perhentian bas sabek tuu... Huhu.. die bagi aku 120.00pound Egypt.. Aku pon pelik laa... sebab dah terlebih.. So.. aku bagi la balik bakinye dalam 7.25pound EGYPT.. Sebab aku x de duit pecah mase tu.. Huhu.. Haa.. lupe lak... ustaz ni name die faisal.. Jadi.. Tak cukup la dalam 75sen... Urm... nak buat macam mane ekh?? Sebab aku masa tu nak cepat.. Die pon nk cepat.. Aku nak cepat sebab nak pergi markas nil.. Mase 2 dalam pukul.. 5.40 lebih kurang laa... dah gelap dah... Die plak nak cepat ntah la sebab ape... Orang dah kawin nie... Paham-paham la kan... Huhu... Die bleh bagi kat aku 25sen la plak.. Aku yang pada mulanya tak nak ambil... Terambil la plak... Walaupun aku tahu.. Aku bagi kat die tak cukup duit lebih tu.. Huhu..

Urmm... Sampai je aku kat markas Nil... Sekali tengok pejabat tak ade orang... Adeh... Penat lagi.. Huhuhu... Aku tak buang masa laa... Terus jalan kaki.. Tak kan jalan tangan plak kan... Huhu.. Tunggu bas pergi Asyir sebab nak ambil sain ydp aku... ngan nak amik surat kat kawan aku.. Kebetulan malam tu ade majlis ramah mesra ngan timbalan menteri.. Saifuddin Abdullah... Alaa.. Ahli parlimen temerloh tu laa... Datang sini buat krusus usahawan muda kat bebudak sini... lepas dah selesai semua urusan aku ngan ydp... Aku pon join la majlis tu kejap.. Sebab ape aku join?? He he he.. Sebab ade makan free laa.. Aku pon ngah lapo mase 2... Saifuddin ni kan... Aku thu die ade agenda tersendiri die datang sini... Buat krusus tu nak kabur kan mate orang jer... Mate aku tak dapat la yeaop... Hehehe... Bukan la aku ni hipokrit sangat nak pertahan ego.. Tapi.. Tu la kenyataan bile dah terang-terang kite berjuang untuk ape kan?? Ade la die cakap aku tertarik sangat.. Kate nye.. Nak kembalikan hak anak muda malaysia... Urm.. Ade sesi dialog lagi... Nak je aku tnya.. Kalau nak kembali kan hak anak muda.. Keanapa M.O.U dengan Al-azhar di batal kan?? tapi.. tak kesampaian.. Sebab sejuk sangat kat dataran tu... Huhuhu.. ade la mamay mane ntah tanye.... Ntah ape2 lagi soalan.. lebih mementingkan diri je soalan die tu... Maap la yea kalo terbaca kritikan aku nie...

Urmm.... Tak pe laa... Stop laa... bnyk lagi nk tau... Tapi nak kna tidoq la... Esok pukul 10pagi nak kepa p Arama la plak... Si saifuddin tu laa.. Nak jumpa semua wakil persatuan kat sini... Ape lagi laa die nak racun bebudak nie... Huhuhu.... Akhir kata... Segala sesuatu perbuatan bermula dengan niat.. Kalo baik niat tu.. InsyaAllah... Baik la natijahnye... begitu la jugak sebaliknyerr.... Wassalam...

Monday, December 1, 2008

Korban? Di korban? Pengorbanan? Sacrifice?

Yea... Rase-rase aku terlalu ramai yang faham dan jelas dengan maksud "title" yang aku pos kali ni.. Al-maklum saje laa.. Sape yang hidup kat dunia ni tak penah korban, Di korban, Pengobanan dan Sacrifice and whatever lah yang seangkatan dengannya... Ape-ape hal pun, semua yang pernah melalui situasi korban atau pengorbanan sudah pasti la ade kisah yang tersendiri kan? kan?


Tapi kan... Dalam sejarah pengorbanan pertama di dunia ni kn.. Bermula dari zaman Nabi Allah Adam a.s lagi.. So.. Islam la pembuka sejarah pengorbanan pertama di dunia ni.. Kan? Kan? Islam tu sendiri dah mengajar jalan yang terbaik untuk melakukan pengorbanan mengikut cara atau direction yang betul.. Ha? Ade ke pengorbanan yang tak betul yea?? Huhu... kalo berkorban ke arah yang tak betul... Bukan nama pengorbanan la tu... Ape laa... itu nama nya.. Urm.. nama ape ekh?? Alamak.. lupe lak nak tanya ustaz aku nama ape... Yea.. Ustaz aku nama walid.. tapi bukan nama dia yang aku tak tau laa...Huhu..

Sempena musim korban yang bakal tiba tak lama lagi ni.. Sesame la kita banyak berkorban yea... oOoOo.. jadi kalau bukan musim korban kita tak payah korban la yea?? Ish.. ish.. Bukan macam tu laa.. Kan maksud korban ni luas giler... So... Tak payah nak ajar itik berenang kan.. Korang pon dah tahap P.H.D dah bab-bab korban ni kan.. Jadi, atas kehendak masing-masing la nak tafsirkan macam mane maksud korban tu yea.. Yang dah jelas dan nyata nya.. Islam dah ajar kita kan macam mana nak melakukan pengorbanan yang dapat banyak pahala.. So.. Akhir kata.. Selamat menyambut hari korban sedunia...

Sekian, Terima kasih...

Saturday, November 22, 2008

Tugasan


Ape yang korang paham pasal tugasan?? Urmm... ikut la atas kefahaman memasing.. Bagi aku, tugasan bermaksud bebanan yang mesti di pertanggungjawabkan pade sape-sape yang menerima tugasan atau ape-ape je yang semaksud dengannya..Apehal tetiba plak aku nak war-warkan topik tugasan ni yea?? Urmm.. Entahlaa.. Mungkin aku pun tergolong dalam penanggung beban tu kot..

Tapi kan.. Bebanan yang sesape pon penah terima, 99% mengatakan bebanan tu la yang jadikan hidup ni lebih meriah.. Urmm.. Betul ke?? Nak tahu betul ke tak.. Korang kena la tunggu untuk di beri tugasan.. Yang penting.. Setiap manusia ade tugasan yang Allah dah tetapkan dari azali lagi kan? So.. jalankan lah tugasan korang semua dengan baik dan sukses yea.. Papehal pon Aku doa kan korang semua dapat menjalankan ape jenis tugasan dengan baik yea... Amin...

Saturday, November 8, 2008

Hampir sebulan lebih aku tak update page nie, bukan tak nak post cerita atau bahan ilmiah macam yang lepas-lepas.. Cuma keadaan tak berapa nak mengizinkan jer.. Walau ape pun, di kesempatan peluang yang ada ni, aku cube gerak kan jugak jari ni menari-nari kat atas keybord sambil di alun nasyid dari kumpulan deevotis.. Padahal langsung aku tak minat pun dengan kumpulan nasyid tu.. Bukan ape.. Bagi pandangan peribadi aku, kumpulan nasyid tu macam dah lari dari acuan pembawakan nasyid yang sebenar jer.. Tapi kenape aku dengar jugak? Hurmm... Dah aku bukak blog wilayah, ade nasyidFM kt page web wilayah tu.. Macam mane la diorang kate devotees tu kumpulan nayid jugak.. Eh-eh.. Apesal tetiba aku bahas pasal kumpulan nasyid pulak ni.. Urm.. Bukan ape pun.. Sekadar mengeluarkan pendapat.. Tak salah kan.. Kalau pendapat aku salah.. Tolong la betul kan ye kawan-kawan..

Yang sebenarnya, ape yang aku nak cerita kan kat korang, sebab aku lame tak update jer.. Ntah macam mane bleh masuk bab lain la pulak.. Allakullihal, aku berjaya jugak mengupdate kan blog aku ni.. Syabas buat aku sendiri.. Huhu.. Walaupun keadaan yang agak ketat menghimpit, aku gagah kan jugak empat kerat tenaga yang masih bersisa sampai bila pun, hanya DIA yang mengetahui..

Alhamdulillah kawan-kawan... Berkat doa dari mak dan abah serta antum semua.. Aku sekarang bergelar penuntut tahun akhir, keterujaan melangkah ke alam penuntut tahun akhir di sesi pngajian tetap tak dapat aku tempis.. Memang Bangga dan seronok bila teringgatkan yang aku sudah berjaya mencapai ke tahap ni.. Biar la orang nak cakap ape pun.. Bagi aku, segala usaha jerit payah selama ini berbuah jugak akhirnya.. Tapi... Pada masa yang sama memang aku tak nafi kan.. perasaan yang menghantui penuntut tahun akhir ni.. Ape lagi.. Takut laa.. Final Exam maa... Itu la kemuncak nye.. Setakat seronok melangkah ke tahun akhir je baru seronok tahap biase.. Seronok tahap BOMBASTIK nye, mase dah lulus final exam nanti nuh.. Huhu.. Mudah-mudahan akhir nanti natijah yang baik la hendaknye.. Amin..

Aku rasa takjub yang teramat sangat dengan aturan yang Allah dah susun kan kat aku di saat-saat akhir aku kat ardhil kinanah ni, sememangnye lah DIA yang Maha Mengaturkan Segala Sesuatu.. Dan aku lah di antara jutaan di dalam sesuatu tu.. Memang pembukaan sesi pengajian aku kali ni, bawa satu lembaran sejarah yang BOMBASTIK dalam hidup aku yang tak akan aku lupa hatta qiayamah.. Haa.. Nak tahu kenape aku cakap macam tu?? Urmm... Nanti-nanti la aku kesah kan dalam posting yang mendatang yea... dah pukul 2.54am dah.. Ngantuk maa.. esok pukul 8.00am nak ke rumah peyrock la pulak.. Ade simposium nuqoba'.. antara program terakhir PMRAM sebelum tawaquf untuk memberi laluan kat ahli nak menghadapi imtihan tak lame lagi.. Aku punye final imtihan lambat lagi.. Lega la jugak.. Hehe.. Jangan jeles sesape yang kena hadapi imtihan nanti yea.. Nk jadi macam aku, kena la jadi shoubrawy.. Hehe.. allakullihalnye.. Doa kan aku supaya di izinkan kan ke Makkatul Mukarramah pada 25hb november ni yea.. Mudah-mudahan di izinkan Allah.. Amin..

Sebenarnya kan... Banyak lagi aku nak kongsi dengan korang.. Tapi, apekan daya.. Mata ni dah sakit maa.. die nk rehat.. Allakullihal, sampai sini je la yea buat mase nie.. InsyaAllah lepas ni aku cube mengupdatekan lagi blog aku ni.. Tentang ape pengisian pada posting akan datang nanti, harap korang semua boleh terima dengan hati yang terbuka yea... Akhir sekali, aku nak tarik sikit perhatian korang semua dengan kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang bermaksud :

Jadilah kamu ibarat pohon yang rendang dan lebat serta lazat buah nya,
walaupun setiap kali ada sepakan dan pukulan dari manusia yang berlalu di situ,
Namun.. Kamu tetap menghasilkan buah yang lazat terhadap manusia-manusia tersebut.


Wednesday, September 24, 2008

.::Kehebatan Malam Al-Qadr::.

Dalam tulisan yang ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan malam laylatul qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan ‘Air Crash’ terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar ‘bodoh’ oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu ’shopping’ dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah “beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta’ membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Thursday, September 4, 2008

.::Fadhilat Ramadhan::.

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Wednesday, August 27, 2008

Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS 08)

Madinah Nasr Kaherah 25 dan 26 Ogos 2008- Selama dua hari telah sempurnalah perjalanan program persidangan mahasiswa Islam sedunia (PERMIS) dengan tema Temukan Idea, Mendepani Massa yang di adakan buat julung-julung kalinya di bumi Mesir yang bertempat di dewan kristal sally mall Madinah Nasr Kaherah. Perasmian persidangan kali ini di rasmikan oleh penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Ustaz Hafiz Mansor. Pada tahun 2007 program yang sama telah di jalankan di dewan solah kamil Kaherah, akan tetapi terbatas kepada mahasiswa Malaysia yang berada di timur tengah sahaja, iaitulah (PERMIT 07) ataupun persidangan mahasiswa islam timur tengah 2007.
____________________________________

Pada persidangan kali ini, pihak penganjur telah berjaya menjemput beberapa delegasi persatuan mahasiswa untuk membentangkan kertas kerja masing-masing pada hari selama persidangan berlangsung. Persatuan-persatuan mahasiswa yang dapat menghantar wakil ke persidangan tersebut antaranya ialah dari negara Jordan, Syria, United Kingdom, Yaman dan Morocco. Walaupun pada asalnya pihak penganjur iaitu PMRAM telah menjemput lagi 3 wakil persatuan mahasiswa dari Jepun, Britain dan Amerika Syarikat, akan tetapi atas masalah yang tidak dapat dielak kan persatuan mahasiswa dari negara-negara tersebut tidak dapat menghantar wakil mereka. Pun begitu, persidangan tetap dapat di teruskan dengan sempurna sehinggalah ke perasmian penutup program.

Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang di bentangkan oleh setiap wakil delegasi termasuk dari Mesir sendiri ialah seperti berikut:

-Mesir: Teori Feqh I'tilaf.
-Syria: Tajdid Dalam Kesatuan Berfikir dan Bekerja.
-Jordan: Pemikiran Al-Qardhawi Dalam Memandu Kebangkitan Ummah
-Yaman: Menangani Gerakan Dan Mangsa Murtad.
-Morocco: Peranan Ulama' Dalam Mendepani Modenisasi Di Malaysia.
-United Kingdom: Pengukuhan Ekonomi Dan Kepentingan Kepada Gerakan Islam.

Persidangan yang berlangsung selama 2 hari agak menghangatkan suasana dewan hasil dari komitmen yang di berikan oleh setiap wakil delegasi dan peserta program. Daripada persidangan yang berlangsung selama 2 hari di Dewan Kristal Sally Mall Madinah Nasr Kaherah, maka wujud dan terhasillah resolusi Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia 2008(PERMIT 08) yang akan menjadi panduan kepada setiap mahasiswa islam dalam menyampaikan dakwah dan memimpin masyarakat Malaysia ke arah sistem dan undang-undang yang bersuluhkan Deen Al-Islam yang melihat kemodenan dan ketamadunan itu perlu berjalan seiring dengan keperluan rohani, tidak hanya berdasarkan materialistik semata-mata.

Walaupun pendaftaran untuk bersidang bersama-sama delegasi yang hadir dikenakan sebanyak L.E 40.00 Pound egypt bagi setiap seorang, para peserta dari kalangan ikhwah dan akhwat dapat menunjukkan komentar dan reaksi yang amat baik dengan soalan-soalan dan cadangan yang bernas semasa sesi munaqasyah kertas kerja berlangsung. Perasmian penutup persidangan pada kali ini di rasmikan oleh Ustaz Asri selaku salah seorang badan penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada jam 5 petang waktu Mesir.Maka dengan rasminya berakhirlah persidangan yang penuh gilang-gemilang selama 2 hari berlangsungnya program tersebut. Persidangan yang berikutnya akan di jalankan pada tahun hadapan di tempat dan tarikh yang tidak dapat di ketahui lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya pada tahun hadapan, isyaAllah tidak akan ada kerugian yang di dapati, malahan memperolehi manfaat yang amat banyak semasa dan selepas tamatnya bersidang. Wallahua'lam.

Thursday, August 21, 2008

Bangunan Parlimen Mesir terbakar

KELIHATAN asap tebal dari bangunan Parlimen Mesir yang terbakar, semalam.
- Reuters


KAHERAH 20 Ogos - Sekurang-kurangnya 13 orang terpaksa dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas apabila bangunan Parlimen Mesir terbakar, semalam.
Pihak berkuasa terpaksa menggunakan helikopter tentera bagi membantu berpuluh-puluh jentera bomba memadamkan kebakaran.
Kebakaran itu bermula kira-kira pukul 10.30 malam tadi waktu Malaysia.
Api dikatakan merebak dari tingkat dua ke tingkat tiga bangunan itu dan merosakkan bahagian arkib, sebelum ia dapat dikawal.
Saksi berkata, asap tebal boleh dilihat menyelubungi bahagian atas bangunan itu yang terletak di pusat bandar ini dan berhampiran dengan bangunan kerajaan dan kementerian.
Speaker Parlimen, Fathi Surur berkata, punca kebakaran belum diketahui.
"Pasukan teknikal akan datang untuk menyiasat punca kebakaran," katanya.
Beliau berkata, kebakaran itu turut memusnahkan beberapa dokumen penting.

-Sumber Utusan Malaysia Online-

Tuesday, August 19, 2008

.::Kemerdekaan::.

"Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang."


Aku cuba menghayati maksud di sebalik baris-baris ayat nukilan seorang mujahid Islam ini. Entah mengapa aku rasakan bagai ada satu perasaan yang begitu besar dan begitu intim di sebalik kata-kata ini. Terasa iri melihat seseorang mampu merakamkan perasaannya dengan begitu fasih. Terasa iri melihat seseorang mampu meneroka dan menjiwai hikmah di sebalik kitab suci yang ulangkali aku tatap saban hari dan tahun.

Romantis baris-baris kata di atas terkandung satu persepsi bagi seorang yang hidupnya mujahadah memahami al-Quran dan menjadikannya pakaian kehidupan. Meski takkan pernah sama pengalaman yang bakal dihadapi oleh seseorang dari seseorang yang lain; namun perasaannya tidak berbeza. Itulah sebab yang menyatukan seseorang dengan seseorang yang lain walau pengalaman yang ditempuh berbeza. Itulah hakikat yang menyentuh hatiku untuk menghargai nukilan baris-baris kata yang penuh makna ini.

Memerdekakan
Aku mendoakan kesejahteraan mujahid Islam ini atas perkongsian perasaan yang penuh makna ini. Ianya menghantar keluar cebisan-cebisan kecamuk jiwa yang senantiasa berperang mencari teman seperjuangan di dalam era penuh fobia hari ini. Ianya suatu kenyataan yang memerdekakan jiwa dari anasir-anasir jahat yang merosakkan dan membinasa.

Menurut Tariq Ramadhan, revivalis Islam bumi eropah, terdapat dua jenis manusia yang merdeka. Golongan yang pertama memerdekakan diri berbekalkan ilusi bahwa dirinya cukup gagah mendepani dunia dengan segala daya usaha dan perahan mindanya penuh tegar menjunjung egonya. Golongan yang kedua memerdekakan dirinya tanpa rasa malu untuk menerima hakikat bahwa dirinya lemah dan perlukan panduan dan bantuan daripada suatu kuasa besar yang bergelar Tuhan. Ternyata di dalam mana-mana peperangan sekalipun, hakikat akan sentiasa menewaskan ilusi. Mereka yang sangsi mengecap ilusi, mereka yang tekad mengecap hakikat.

Marilah kita mengecapi hakikat Islam yang meluhur, memberkat dan membersihkan usia. Sesungguhnya sembah sujudku hanya pada Allah SWT.

Kerna sayangku

"Apalah cerita melayu ni. Ntah apa-apa. Jalan cerita asyik sama je. Stereotype betul!" Ujar seorang sahabat sambil beberapa orang lain menyambut dengan hilaian ketawa.

"Biasalah...orang melayukan simple-minded! Sebab tulah sampai sekarang tak maju-maju. Masih di takuk lama. Asyik kena tipu je! Kalo tak percaya tengoklah pilihanraya kali ni apa yang berlaku." Tambah seorang sahabat yang lain sambil menunjukkan wajah tidak berpuas-hati.

"Hey, dah lupa ker? Melayukan..."
"...mudah lupa!!!" Kedengaran serentak kalimah itu dilafazkan daripada bibir-bibir pelajar cemerlang yang kini menuntut di universiti terkemuka. Mereka ini golongan yang diuar-uarkan sebagai generasi harapan bangsa dan negara. Hilaian tawa terus bergema.

......................................
Nilaian Bangsa
Kadang-kadang aku hairan apabila anak-anak bangsaku sendiri dengan bangga dan megah menghina bangsa sendiri tanpa sekelumit rasa malu dan bersalah. Kritikan dan hinaan dihamburkan ibarat hujan panas di tengahari. Tidak lebat namun meredahinya mampu membuatkan seseorang itu tersiksa menanggung demam berhari-hari. Tidak sesyahdu hujan tatkala malam namun cukup perit tatkala cahaya mentari menyaksikan anak bangsa mengkhianati bangsa sendiri di khalayak tanpa selindung sembunyi. Ke mana hilangnya rasa segan tatkala membuka aib warga saudara sendiri? Ke mana hilangnya rasa sakit tatkala menjamah jasad bangsa sendiri?

Aku melihat anak bangsaku berkobar-kobar melaungkan semangat cintakan saudara semuslim. Alhamdulillah. Syukurku kepada Allah SWT atas limpah rahmatNya mengurniakan nikmat ukhuwah yang semulia itu. Namun, aku masih meyakini bahawa naluri manusiawi yang dikurniakan Allah SWT masih menghargai nilai ukhuwah sebangsa apatah lagi apabila bangsa itu mengimani akidah yang sama.

Aku merasa sedih mengenangkan anak bangsaku tidak menghargai nilaian bangsa yang dikurniakan Allah SWT kepada hambaNya. Sungguhpun nilaian bangsa ini bukanlah untuk dibangga dan dijulang tanpa kenal batasan; sungguhpun nilaian bangsa ini bukanlah untuk merendahkan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain, hakikat bahawa ianya satu pertalian tidak-boleh-ubah merupakan satu kurniaan yang harus direnung dan diperhatikan dengan baik bagi golongan yang benar-benar ingin berfikir. Sesungguhnya Allah SWT tidaklah menciptakan bangsa itu tanpa sebab dan tanpa faedah.

Sayangilah anak bangsamu
Aku diajar bahawa pukulan ayah, ibu dan guru itu adalah pukulan kasih dan sayang. Bila aku meningkat dewasa, aku belajar untuk menerima bahawa kritikan dan teguran pedas daripada para ilmuan dan bijak-pandai juga merupakan tanda sayang mereka kepada golongan yang ditegur.

Namun samakah nilaian kritikan bernada sinis dan kritikan yang penuh kebijaksanaan?
Samakah nilaian teguran yang statik dan teguran yang bersifat menggerak?
Samakah nilaian pandangan yang disarangi rasa benci dan pandangan yang dihiasi rasa kasih sayang?

Melihat keruntuhan moral dan akhlak anak bangsaku yang terpersona dengan kilauan dunia membuatkanku sedih. Namun, lebih menyedihkan lagi bagiku apabila menyaksikan anak bangsaku yang bijak pandai terpesona dengan ketinggian ilmu yang dimiliki lantas memandang enteng usaha anak bangsa sendiri yang tidaklah segah mana. Lebih parah lagi luka dihatiku melihatkan anak bangsaku yang cerdik pandai hanyut di dalam lautan ketinggian ilmu sendiri hingga tidak sanggup menghulurkan tangan menyambut lambaian tangan-tangan bangsa sendiri yang kelemasan dek menjadi mangsa keadaan yang tidak mereka minta.

Ayuh anak bangsaku yang bijaksana, jadilah cermin kepada bangsamu yang semakin hilang harga diri. Serulah mereka dengan panggilan penuh kasih sayang. Pimpinlah tangan mereka ke arah cahaya. Bertegaslah dengan mereka dengan penuh semangat kebapaan. Buanglah rasa sangsi terhadap keupayaan anak bangsamu untuk berubah ke arah kebaikan. Contohilah pejuang kebenaran yang melontarkan kata hikmat:

"...aku rela berkorban agar anak bangsaku mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat...aku rela untuk menanam rasa percaya kepada anak bangsaku walau untuk kecewa untuk kesekian kalinya...aku lebih rela kecewa daripada tidak menyumbang apa-apa."

Wallahua'lam.

Saturday, June 14, 2008

Tips rahsia bile mengisi petrol

Sebenarnya tips ni dah lama dah kita semua buat.. Saja aku boh p laa dalam
post kali nie..Kata isu panaih sekarang nie pasai kenaikan harga minyak..
So..pandai-pandai la hampa semua berjimat cermat lepaih ni noOo..Huhuhu


1. Jangan simpan/bawa barang yang tak perlu dalam bonet kereta. Bebanan memerlukan lebih kuasa, maka maknanya lebih minyak digunakan.

2. Tayar pastikan tekanan anginnya mencukupi, kalau kurang tayar mengempes maka menyebabkan geseran yang berlebihan. Lebih geseran, maka lebih tenaga diperlukan dengan tambahan pembakaran bahanapi.

3. Panaskan enjin dahulu sebelum memulakan perjalanan. Biar enjin idle seminit dua..


4. Elakkan main brek mengejut tanpa sebab..brek pelan pelan.. man man apek kata.

5. Tekan pedal minyak/accelarator selembut mungkin, jgn tekan maximum secara mendadak gitu.

6. Dalam mode menunggu, matikanlah enjin tu..minyak mahei Yeob!

7. Tuning enjin kena pastikan tuned/pelarasan. Palam pencucuh cuci dari karbon dan tukar bila dah sampai masanya.

8. Minyak enjin pun penting, cukup kilometer terus tukar la. Utk jaga enjin, enjin yang baik maka pembakaran yg baik justeru menjimatkan bahanapi.

9. Jangan mulakan perjalanan waktu peakhour - terutamanya tinggal di KL. Kesesakan jalanraya menyesakkan poket tuan tuan utk beli tambahan bahanapi.

10. Kereta Auto ni makan minyak lebih esp waktu sesak mcm di atas nih. Ada kelebihan ada kekurangan. Sendiri fikir la..

11. Agak agak ok tu, tak yah le pakai aircond. Penggunaan air cond meningkatkan penggunaan bahanapi 10%


12. Pandu perlahan je..tak yah merempit. Kurang dari 100 kmsj menjimatkan bahanapi. Dan penjimatan yg lebih besar.. Tak kena saman!



p/s: Dalam keadaan begini, hati hati sebab SKIM CEPAT KAYA nanti akan bertambah banyak... carilah yang halal dan berkat.. - iklan.

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, May 6, 2008

.::Peperiksaan-exam-imtihan::.


Assalamualaikum...

Rasanyer semua orang akan tahu apa maksud tajuk kat atas tu kan.. itu pun kalau die pernah bergelar pelajar satu masa dulu..Saje jari-jemari terase nak menaip cerita sikit pasal pengalaman menghadapi peperiksaan atau exam atau imtihan..

Rasenye macam-macam kisah pernah kita dengar kisah peperiksaan..Buat yang akan menghadapi peperiksaan pasti tidak dapat tidak tak akan dapat lari dari perasaan takut,gerun,gementar,selumber dan pelbagai lagi rasa yang akan menimpa bagi sesiapa pun yang akan menghadapi peperiksaan biar pun peperiksaan itu buat kali yang ke seratus mahupun ribu... Dan rasa yang macam-macam itu lah yang akan menjadikan kenangan terindah mahupun sebaliknya bagi sesiapa yang pernah menghadapinya..




Dan bila sebut kisah peperikasaan mesti tidak dapat tidak seseorang itu harus lah mengulagkaji mata pelajaran yang akan bakal di hadapi dalam peperiksaan yang mendatang..Macam-macam stail atau cara atau skill yang pernah kita tahu bila nak menghadapi peperiksaan..Ada yang bertungkus lumus seharian mengulang kaji semata-mata untuk menghadapi peperiksaan.. Ada yang sangup korbankan waktu tidur demi untuk peperiksaan..Dan tidak pelik ada juga sesetengah yang tak mengulang kaji langsung..


Semua jenis ulagkaji pelajaran di dunia ini akan banyak berlaku apabila peperiksaan akan di jalan kan..Tak hairan lah jutaan jenis ulang kaji yang mungkin pernah kamu dengar..Walau bagai mana pun bagi sesiapa yang menghadapi peperiksaan tak akan dapat lari selagi mengetahui keputusan peperiksaan yang di hadapinya..Itu lah kemuncak penamat bagi sesiapa pun yang menghadapi peperiksaan..Sagala hasil lelah selama ini terjawap dengan hanya mengetahui keputusan peperiksaannya..

Dan sebarang perasaan gembira atau sedih semasa mengetahui keputusan peperiksaan juga antara yang terbanyak berlaku di dunia..Sebenarnya tujuan sebenar peperiksaan di ada kan tak lain dan tak bukan hanyalah nak melihat tahap kemampuan seseorag itu..Jadi tak hairan lah keputusan peperiksaan antara yang amat terpenting pada zaman sekarang..Sesetengah nya ada yang ssnggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kan keputusan yang di ingini..Oleh kerana ada yang berpendapat faktor keputusan periksa lah yang dapat menentukan hala tuju hidup, maka timbul lah segala rancangan buruk sehinggakan ada yang sanggup mengguna cara jahat bagi memenuhi impiannya..


Tapi ada juga sesetangah orang yang belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan..Rugi la kalau macam tu..Sebenarnya banyak juga kisah lucu di sebalik peperiksaan..Tak kira lah di peringkat mana pun peperiksaan itu di jalan kan..Peperiksaan juga tak dapat di pisah kan dengan meniru..Mana tempat atau keadaan pun macam tu laa...Walaupun tiru meniru ni satu tabiat yang tak elok,tapi bila di ingat kan balik kisah tiru meniru kadang-kadang boleh jadi kisah lucu dalam masa peperiksaan..Di bangku sekolah rendah lagi tabiat tiru meniru sudah wujud..Kalau soalan objektif memang antara yang digemari pelajar-pelajar sekolah rendah untuk tiru atau dalam bahasa saintifik nya (TOYOL) Contoh tiru yang boleh di beri kan di sini jikalau soalan itu berbentuk objektif ialah..Kalau garu kepala A, garu telinga B, garu hidung pulak C.. banyak lagi cara tiru meniru telah wujud semata-mata untuk peperiksaan dan mendapat kan keputusan yang di ingini..


Walau bagai mana pun semua tabiat buruk semasa menghadapi peperiksaan hendaklah di tinggal kan..Tambahan kita sebagai manusia yang mengaku diri berugama islam..Islam menuntut ummatnya mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat memartabatkan islam di mata dunia..Jadi adakah wajar jika kita yang berugama islam mangamalkan bad habbit semasa menjalani peperiksaan?? fikir-fikir kan lah yea...

Akhir kalam..Hadapi lah setiap peperiksaan dengan hati yang ikhlas dan jujur demi AGAMA,BANGSA & NEGARA...Sesungguhnya peperiksaan yang sebenar bagi kita semua ialah peperiksaan di padang mahsyar..Hanya di sana keputusan yang terpenting bagi sesiapa jua..Jadi.. beramal bakti lah demi mendapat keputusan yang baik dan aman sejahtera selama-lamanya..Sekian...
Image Hosted by ImageShack.us