Tuesday, November 15, 2011

Rumah Lama

"Setuju tak Mak Long, Mak Teh dan Mak Ngah nak renovate balik rumah lama tu?" Abah memulakan perbincangan tengah hari kami yang agak luar biasa, kerana kebiasaannya tak pernah pun ada masa nak duduk-duduk bincang macam tu. "Depa nak bagi abang Pon duduk..." Abah mula merancakkan perbincangan, sambil Mak sibuk dengan dapurnya sedang berusaha menyiapkan santapan tengah hari. "Abang rasa la abah, abah setuju je la dengan cadangan kakak-kakak abah tu..." Aku mula memberikan respon. Pada masa yang sama, aku perasan air muka Mak yang aku perhatikan dari awal tadi bertukar menunjukkan reaksi setuju dengan cadangan aku.

Dari awal perbincangan lagi sudah aku jangkakan yang Mak akan bersetuju dengan aku. Sebab? Sebabnya rumah lama tu dah terlalu uzur untuk dihuni. Hanya abang pon sahaja yang sanggup tinggal disitu. Menyebabkan kakak-kakak abah yang pada pengetahuan aku, mereka ni boleh diketogorikan sebagai janda-janda pingitan yang hartawan lagi dermawan (Habis aku kalau Mak sedara aku baca blog ni...) begitu bersimpati dengan abang aku, walaupun pada hakikatnya kami adik-adik dan kakak kandungnya lebih bersimpati dari mereka jika nak buat perbandingan la. Cumanya... Al maklumlah, kami tak punya kewangan yang lebih untuk tujuan itu. Sebab kami masih ada suami dan isteri masing-masing, ada juga yang belum berkahwin. Jadi kami ada keutamaan yang lebih tinggi lagi dari merenovate rumah lama tu. Hati dalam aku ni tak henti-henti berbisik, "Kalau dah banyak sangat duit, buat apa nak renovate lagi? Buat je la yang baharu terus. Alang-alang dah nak buat amal tu, buat je besar-besar terus... Biar nampak habis semua orang Tokai keikhlasan hampa tu..." Dan aku sangat pasti, suara hati ni pastinya akan menjadikan perbincangan kami disulami dengan reaksi yang hambar jika ianya dimuntahkan keluar.

Rumah lama tu bukan yang ni tau... Ni reban ayam je.. huhu..
20 minit berlalu, aku dan Mak telahpun mencapai kata sepakat bahawa kami bersetuju untuk merelakan kakak-kakak abah melaksanakan hasrat mereka. "Habis tu, sampai bila kita nak tinggal kat rumah sewa?" Tembakan tepat terkena pada kami berdua, pada firasat aku awalnya lah. Ternyata sangkaanku tersasar, rupanya dari awal lagi Mak dah pakai pun baju kalis peluru lantas dengan bersahaja dia membalas "Sampai kita matilah!" Hatiku tergelak kecil dengan tembakan balas Mak yang terus menebusi tepat ke dada Abah, menyebabkan Abah terkaku diam seribu bahasa dengan jawapan yang baru diterimanya. Aku hanya mampu tersenyum sebagai tanda tidak terlibat dalam pertempuran ni. Amat jelas sekali dari jawapan yang Aku dan Abah terima dari Mak, yang dia tidak lagi mahu pulang untuk tinggal dirumah lama tu.

Secara kesimpulannya, kami bertiga dah pun bersetuju dengan satu keputusan yang sama. Cumanya, Abah nak juga la pandangan dari anak-anaknya yang lain. Supaya keputusan ini adalah keputusan yang dipersetujui bersama.Manala tahu mungkin masih ada cara lain yang boleh menyelamatkan rumah tu dari campur tangan negara luar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi perdana menteri  Md Salleh Md Isa dan isteri datin Rosyadah yaacob.

*Esok ada paper sejarah. Doa kan kejayaanku semua.

0 comments: