Monday, January 5, 2009

Peduli kah kita??

Lima hari sudah kita bernafas dengan sempurna pada tahun ini. Syukur alhamdulillah atas kurniaan nikmat. Diri sangat pasti bahawa setiap yang berakal ada agenda dan misi yang hendak disempunakan tahun ini.
diri juga tidak terlepas dari maksud tersebut.

Tahun baru..
Rata-rata makhluk berakal pada amnya. Pasti mimik yang gembira bila di ungkapkan perkataan tersebut. Manakan tidak, amat banyak kenangan manis tercipta bila kita melangkah ke tahun baru.

Terkilan..
Kadangkala keseronokan yang kita sambut, langsung tiada ertinya bila insan kesayangan kita tiada disisi. pasti ada yang bersetuju dengan pandangan diri. Tapi berartikah keseronokan yang kita sambut bila kita melupakan kepada pencipta keseronokan tersebut??

Seronokkah kita hidup lima hari ditahun 2009 bila ahli keluarga kita dibunuh selama sembilan hari dibumi sendiri??

Diri terkilan dengan mereka-mereka yang entah dimana hilang pedulinya.Seronok menyambut tahun baru, lupa pada keluarga sendiri dibunuh kejam tanpa kasihan.

Dialog..
Malaysia malam tahun baru..
"Li.. Malam ni jom kita sambut tahun baru kat KLCC nak tak?" "Haa.. cantik la tu.. Ajak la kawan-kawan yang lain sama.. baru hapening beb.. Awek pun ramai.. mesti best rr.."



Gaza malam tahun baru.. Seorang ibu..
"Abang.. anak kita soffiyah mana bang.. Kat bawah runtuhan tu abang dah tengok ke belum.. Abang.. apa salah anak kecil kita ni bang.. Abang tolong carikan kain untuk kapankan tubuh anak kita ni bang.."





3 comments:

g d a h ~ said...

moga Islam kembali gemilang walaupun dari sekelumit usaha kita..
Ya Allah,bantulah kami dalam menegakkan Deen MU Ya Allah Ya Rabbi..
ALLAHU AKBAR!!!

Baca LaH said...

Tidak kah Allah Melihat saja Hal ini berlaku. Kenapa DIA mengizinkan hal ini berlaku. Kemana perginya Wali-wali Allah. Apa yang tak kena kepada mereka dan kepada kita. Sesungguhnya PASTI Allah tidak melihat saja, Dia Maha Adil Lagi Maha Bijaksana lagi Maha Mentadbir. Ingat Allah sentiasa,Rasa Allah Sentiasa, Melihat Allah sentiasa......

ibnuarahman said...

semua umat islam kene kembali mngamalkan ajaran islam secara sempurna seperti umat islam di zaman nabi saw, imaniat yg sempurna,ibadat,muamalat,muasyarat,akhlakiat.... bila ini berlaku maka nusratullah akan tiba seperti nusrahNya semasa perang badar (313 org lawan 1000) dalam keadaan orang islam pada peperangan itu tak punya apa2, hanya 6pedang dan beberapa ekor kuda..... jika bantuan Allah swt turun tiada siapa yg dapat menghalangnya...