Sunday, May 17, 2009

Ingatan untuk saya dan kamu.

Terkadang artikel yang saya publishkan disini bergenrekan dari pelbagai aspek kehidupan, mungkin sesetengah pembaca ada yang keliru genre penulisan manakah yang sebetulnya saya ingin postingkan buat santapan tetamu diluar sana.

Justeru mereka yang membacanya mungkin menjadi kucar kacir kerana pelbagai isu yang cuba saya utarakan disini.


Tetapi itulah harga yang perlu dibayar, apabila setiap artikel dan tulisan yang dipublishkan beraruskan kemahuan dan keperluan masyarakat dan tidak sekadar memenuhi keghairahan diri dalam memuntahkan setiap emosi sebagai santapan dan pengajaran yang dikira paling berkesan untuk dijadikan iktibar dan tauladan.

Pun begitu, setiap orang mempunyai alasannya yang tersendiri dalam memenuhi kehendak dan tuntutan fitrah dalam berdakwah bila merasa terpanggil untuk dikisahkan cerita kehidupan dan pengalaman sebagai iktibar jua pedoman, khususnya buat masyarakat yang dinilai dari kacamata mereka amat perlu diberi petunjuk kearah yang lebih baik dan sempurna.

Apa pun jua keadaannya, Setiap apa yang saya cuba utarakan disini diharap sama-sama kita mendapat faedah untuk dijadikan panduan dalam meneruskan mehnah dan ranjau di muta'akhirin.Amin ya Rabb!

----------------------------

.::Lain-lain hal::.

Maaf kan saya, publish tambahan ini saya tujukan untuk beberapa soalan melalui e-mail yang bertanyakan dan meminta supaya saya lebih banyak memberi maklumat berkaitan aktiviti saya disini.

Persoalan dan permintaan sebegitu rasanya akan saya penuhi mengikut kadar dan waktu yang saya rasa saya mahu untuk berbuat demikian. Ini bermakna tiada perjanjian secara berlisan mahupun hitam putih,Harap jelas.

Pun begitu, tidak bermakna saya kurang cakna dengan isu-isu yang lebih panas di akhir-akhir ini. Cuma terkadang timbul rasa kepeningan yang semacam luar biasa bila memikirkan isu-isu terbaru di semenanjung emas ketika ini. Entah bilakan bersudah selagi yang memerintah masih merasa selain darinya adalah pesalah.

Untuk mengulas isu di tanah air mengikut kaca mata saya sendiri jujur saya katakan, saya memerlukan masa untuk selidik dan lebih banyak membaca untuk mengulas isu tersebut. Mungkin ada yang mengambil pendekatan mudah dengan membuat teori sendiri atau sekadar copy paste sahaja.

bagi saya, tabiat sebegitu lama kelamaan akan membuatkan seseorang hilang kekereatifannya dalam menulis dan menghasilkan karya ataupun artikel.




Terus, dengan kesempatan yang ada semasa dalam suasana pasca imtihan ini, ucapan tahniah saya tujukan buat menteri pasola dan kuncu-kuncunya dalam usaha merebut takhta dengan cara yang langsung tidak luar biasa bila diri mengaku sebagai 'MB' dan pembela hak rakyat.


Juga ucapan takziah juga saya tujukan buat menteri kerajaan rakyat kerana diperlakukan sedemikian.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Sabar ketika berjuang pasti ada beribu keberkatan dan hikmahnya biarpun kita dilihat gagal pada pandangan mereka yang tiada kefahaman tentang erti perjuangan.

Realitinya disini, tiada yang indah bila kita masih utamakan kisah diri untuk diiktibarkan berbanding kisah mulia para kekasih Allah yang selamanya dalam redho dan rahimNya.

Dan yang cantik dan indahnya bila kita kreatif dan bijak dalam mengaitkan kisah sendiri dengan bersandarkan kisah para aulia' yang mulia untuk disajikan buat masyarakat yang diluar sana. Wallahu'alam.

.::Anugerah dari seorang pejuang::.

Diterima dari seorang sahabat sepengajian dan seperjuangan di bumi anbia' alaihissalam. Alfi syukran ya akhi, semoga ukuhwah diantara kita tetap berkekalan hingga ke syurga. Amin ya Rabb!

Cumanya disini akan ada beberapa perubahan yang akan saya buat sendiri berkaitan peraturan untuk menerima dan memberi augerah ini pada sesiapa sahaja yang akan menerimanya selepas ini.
Jangan terasa ya akhi, dalam fatrah imtihan yang sedang dan yang akan ditempuhi nanti, alangkah eloknya jika kita dapat mengurangkan dalam membuat sebarang postingan demi menumpukan sepenuhnya pada imtihan yang bakal menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Oleh itu, dengan ini saya mengarahkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain agar tempuhi suasana yang tidak kurang luar biasa ini dengan doa, usaha dan tawakkal yang tidak kenal erti penat dan lelah disamping memahahami dan mengetahui atas sebab dan alasan apa kita di hantar ke bumi penuh barokah ini.

Dengan ini, hanya seorang sahaja yang saya akan anugerahkan award untuk pasca imtihan pada kali ini dan beliau yang dimaksudkan ialah anak kepada seorang blogger yang tidak kurang hebatnya mendapat perhatian dalam web Teranungkite.

Dan peraturannya akan saya mudahkan demi pasca imtihan yang bakal tiba. Sila copy dan pastekan dalam blog akhi selepas tamat tarikh imtihan dur awal dan sila anugerahkan award ini hanya kepada seorang sahaja yang akhi rasakan dia layak mendapat anugerah ini.

Ini bukan arahan apatahlagi paksaan ya. Jangan disalah tafsir bila kita cuba menghidupkan suasana ukhuwah yang dibenarkan syarak dengan cara dan konsep sebegini. Apa-apa pun berbanyak terima kasih saya tujukan buat akhi khairul untuk anugerah ini. Wassalam.

.::Akhirnya saya bergelar "Bapa"::.

Ops, maafkan saya. Sengaja dibiarkan perkataan "bapa" diatas tidak ditambah dengan frasa "saudara" . Agar semangat mahu mendirikan rumah tangga juga wujud bila terasa dipanggil bapa.

Namun saya sedar, sesuatu yang mudah dibibir untuk melontarkan setiap perkara dan isu berkaitan rumah tangga, tetapi tidak semudah bicara bila realitinya mahu dilaksanakan dalam penghidupan menuju ke arah yang sempurna.

Tinggalkan sebentar isu yang saya kira bagi saya agak rumit untuk dibangkitkan. Apa yang saya ingin ketengahkan disini ialah saya telah pun mendapat seorang anak saudara yang pertama dan mahu saya banggakan ibunya dengan mempublishkan rasa gembiranya saya pada postingan kali ini yang saya kira sudah terlalu menyentuh perihal keluarga.

Tidak lah menjadi satu kesalahan jika kita mahu berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan, cumanya kita tahu adab dan peraturan yang diajar agama bila kita mahu mewujudkan suasana yang gembira dan ceria.Selagi Allah tidak kita lupa dan tinggalkan, selagi itulah gembira dan ceria kita dalam keampunan.



Namanya biarlah saya simpankan dahulu untuk dijadikan modal pada posting yang akan datang. Apa-apa pun, anak saudara saya yang pertama ini ialah seorang putri. Ini jujur, memang dia seorang putri. Kenapa saya bersungguh dengan menambah frasa diatas akan semua ketahui pada masa yang akan datang. InsyaAllah..

jutaan tahniah dan terima kasih buat kakak kesayangan saya putri salina binti md salleh diatas kelahiran yang amat bermakna buat kita sekeluarga ini. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan memberkati seluruh kerabat dan keturunan dengan amalan-amalan soleh dalam menempuh mehnah perjuangan demi agama dan negara tercinta.

0 comments: