Monday, January 4, 2010

.::IFTITAH::.

Bismillah wal Hamdulillah...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Pemimpin, Bapa dan Guru bagi umat akhir zaman Baginda junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan seluruh ahli keluarganya. Para haraki yang telah bertemu Rabbnya, yang masih berjuang dan yang akan berjuang demi Islam untuk mencapai matlamat daulah, Moga dalam pertemuan kelak, kita akan bersua dalam keadaan yang aman dari sebarang murka, Ameen..

Alhamdulillah..Setelah hampir tujuh bulan "anakmdsalleh" tidak di publishkan dengan sebarang entri, dengan kehendak dan keizinanNYA satu entri berjaya dipostingkan sebagai pemecah bagi kesunyian yang berkampung dalam kadar masa yang amat lama saya kira.

Diatas sebab yang demikian, saya memohon ribuan kemaafan bagi mana-mana tetamu yang singgah dengan niat yang sengaja ataupun tidak dan berlalu dengan perasaan yang kurang enak sangkaan saya. Sungguh! waktu tujuh bulan yang lepas adalah waktu yang paling banyak saya dikurniakan dengan pengalaman yang amat berharga sepanjang saya berada dibumi anbia’ yang penuh dengan keberkahan ini. InsyaAllah jika diizinkan, akan saya kongsikan bersama-sama teman diluar sana akan segala macam kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kita bersama dalam menelusuri ranjau dan mehnah berduri dewasa kita ini.

Sebagai iftitahnya, cukuplah sekadar saya menjelaskan perkara berkaitan ini dahulu. Keluasan masa yang akan diberikan kepada saya selepas ini akan saya pergunakan semaksima yang mungkin untuk tidak membiarkan “anakmdsalleh” sepi tanpa sebarang komentar dan isu yang boleh kita koreksikan bersama dalam menuju kepada Rahmat dan Maghfirahnya..

Sekian..

Ali imran md salleh
Al-anwar Street, Awal Nuhas,
Tanta Egypt.
9 Muharam1431H, 4 Januari 2010M

0 comments: