Tuesday, February 24, 2009

hari itu kami ke G*ZA...


Diri dan tiga orang teman berpeluang ke giza. Diulangi, GIZA. Seakan aksaranya samar dalam kabut pada kisah anarki keluarga kami di GAZA.

Kagum dalam kosong bagi diri bila melihat seni bina artistik masyarakat konservatif yang tersirat sejarah kebanggaan sesetengah mereka yang begitu mendewakannya.

Imam Al-Mutanabbi menyelar golongan ini di dalam syairnya yang berbunyi:

Kau berbangga dengan nusa bangsa,

Sungguhpun benar apa yang dibangga,
Tetapi amat celaka, buruk padahnya,
Buat anak-anak bakal harapan bangsa.

Apa yang dikhabarkan, ialah akan kisah kekejaman di sebalik terbinanya seni bina yang masih kukuh dan agam sehingga ke hari ini, telah mengorbankan seantero manusia yang menjadi hamba kerahan bagi binaan tersebut.


Layaklah fonetik ini melabelkannya sebagai binaan berdarah masyarakat pada era lampau. Terus! aliran darah kekejaman dinasti zaman itu juga dapat kita lihat di bumi GAZA pada era ini.

Sinopsis dari antero perjalan kami pada hari itu sedikit sebanyak dapat kami manfaatkan kisahnya untuk mengenang nasib keluarga dibumi GAZA dari GIZA. Ini jujur, bermula hari diri ini mengenal erti kekejaman sehingga ke saat ini, bermulalah juga diri ini bergelar antagonis juga terlalu sinikal bagi apa jua frasa yang berkaitan dengan negatifisme kekejaman.


Firman Allah S.W.T


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir. Mereka berkata kepada rakan-rakan mereka apabila mereka keluar mengembara di muka bumi ini, atau di waktu mereka berperang: "Kalau mereka bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh." Akibat yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka. Sedangkan Allah-lah Yang Maha Menghidup dan Yang Mematikan. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Ali-'imran: Ayat 156)

1 comments:

pencinta nescafe said...

bler nk bwak kmi pi sne??
well, nice essay..hihi