Sunday, May 24, 2009

imtihan oh imtihan...


Alhamdulillah, seribu kesyukuran saya panjatkan untuk tuhan pencipta sekalian alam diatas kesempatan yang diberikanNya untuk terus menghirup udaraNya dalam nafas perjuangan seorang hamba di perantauan.

Tanggal beberapa hari sahaja lagi detik yang dinantikan saya serta beberapa rakan sekuliah bakal kami tempuhi, moga kami dikurniakan umur yang panjang untuk terus cekal dalam menempuh alam imtihan kami yang terakhir di bumi Shoubra, Amin ya Robb!.

Dalam sedar ataupun tidak, semakin hampir juga sesi pembelajaran saya dan rakan seangkatan dibumi shoubra. Jujur dari hati kecil ini mengatakan tidak cukup sekadar tempoh tiga tahun yang diperuntukkan dalam mencari ilmu yang luasnya tiada bandingan.

Semoga Allah tunjukkan jalan dalam mencari kekuatan untuk kami ke peringkat yang seterusnya di bumi Tanta kelak.

Apa pun jua keadaannya kelak, mahu saya menarik perhatian sahabat sekalian dalam keadaan kita yang diberi peluang untuk mencari ilmuNya di bumi anbia' alaihissalam ini agar sentiasa memperbetulkan niat dalam menghadapi imtihan yang bakal tiba.

Terima kasih pada seorang rakan yang saya kira dapat mengingatkan kita atas tujuan apa kita dihantar jauh ke sini dalam mengejar impian dan maksud kita sebagai seorang pelajar dan hambaNya.


Belajarlah kerana Allah kerana di situ ada nilai ibadah. Tapi bagaimana belajar kerana Allah? Bagaimana kita boleh tahu sama ada belajar kita kerana Allah atau dunia, atau suka-suka, ataupun terpaksa? Di sini boleh disimpulkan antara tanda-tanda seseorang itu ikhlas belajar kerana Allah ialah :-


-Tidak belajar hanya untuk peperiksaan atau untuk lulus peperiksaan


-Tidak jemu mencari atau mendalami ilmu itu kerana ingin mencari redha Allah


-Mencintai dan menerima dengan redho ilmu yang dikurniakan Allah. Berhakkah kita sebagai hamba untuk mencemuh dan mengeluh diatas
kurniaan Pencipta Yang Maha Bijaksana untuk kita?

-Meyakini ganjaran pahala yang diberi Allah (pahala ibadah, pahala menuntut ilmu)


.::Credit to Fieqa::.



Yang terakhirnya, salam imtihan buat semua yang bakal menghadapinya atau yang sedang melaluinya.
Betulkan niat kalian dalam menempuhi imtihan yang bakal tiba, semoga keputusan yang baik Allah berikan buat yang ikhlas dalam mencari ilmu dan redhoNya.


2 comments:

An-Nur said...

good luck

fieqa said...

maat taufiq wannajah akhi!..
all the best!
moge usaha dlm m'gapai kecemrlangan di nilai Allah, insyaAllah..
faidza azamta fatawakal alallah..=)