Saturday, December 13, 2008

Menjana Gerak Kerja Islami

Firman Allah S.W.T. : "Nabi Muhammad SAW ialah Rasulullah, dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat, rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpahan kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang yang soleh), terdapat pada muka mereka tanda sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka tersebut didalam kitab taurat dan sifat mereka didalam kitab injil pula ialah ; bahawa mereka diibaratkan sebagai pokok tanaman yang mngeluarkan anak dan tunasnya, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar."


Merujuk kepada ayat 29 surah al-fath di atas, nyata kepada kita bahawa kesinambungan dakwah telah bermula sejak dari zaman nabi Adam sehingga kepada Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Tugasan ini seterusnya terpikul ke bahu setiap dari kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT untuk terus menyampaikan risalah penuh makna ini.

Kita diberi peluang oleh Allah untuk menjadi umat Muhammad SAW perlu tegas dan berani serta mantap untuk terus berhadapan dengan golongan-golongan yang masih tidak menerima Islam sebagai satu sistem kehidupan. Sudah pasti stategi dakwah pasca post era globalisasi perlu diupgradekan oleh setiap da'ie memandangkan musuh-musuh telah terlebih awal memulakan langkah melakukan re'packaging' kepada dakyah mereka.

Untuk itu, gerakan dakwah sekarang, bahkan dahulu lagi perlu mengorak langkah bagi memastikan dakwah kepada massa terus dijana. Beberapa cadangan di bawah perlu diperahatikan oleh para ahli gerakan terutamanya saff kepimpinan sidetiap peringkat. Antaranya ;

.::Gerakan didasari dengan prinsip ilmu::.

Sebagaimana maksud firman Allah di dalam surah al-'Alaq : 1, setiap dari kita mesti menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama dengan sebanyak mungkin untuk difahami dan diamalkan.

Perkembangan agama Islam melalui majlis seperti kuliah Maghrib tidak sepatutnya dilepaskan oleh seorang da'ie. Sebagaimana Islam berkembang di kota madinah, begitu jugalah niat kita sepatutnya supaya Islam berkembang di Malaysia seterusnya dunia yang hanya berpaksikan kepada ilmu.

Menurut imam As-Syafi'e : "Orang yang menyukai ilmu tidak ada kebaikan padanya malah ilmu itu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut".

Ketika ini, musuh-musuh kita telah lebih dahulu mengemukakan hujah-hujah ilmiah untuk menimbulkan kemusykilan terhadap pegangan islam seseorang muslim itu sendiri.

Kita lihat begaimana Astora jabat (jebon) dan Sisters In Islam petah mengemukakan hujah ilmiah sambil mengekplotasikan medium yang disebar luas dan diterima umat islam, majalah Al-Islam dan ruangan agama di dalam akhbar.

Bigitu juga 'repackaging' kerajaan yang menampilkan Islam Hadhari sebagai alternatif kepada massa yang tidak berupaya mengkaji Islam sebaik mungkin. Justeru, kepimpinan baru harus mengemudi ahli-ahli agar mapan dan mampu menghadapi cabaran dalam bentuk 'ghazwul fikri' ini.

.:: Dakwah kepada yang terhampir ::.

Maksud firman Allah SWT dalam surah al-syu'ara' yang bermaksud : "Dan berilah peringtan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang terdekat". Dengan ilmu yang kita perolehi selama ini. ianya perlu disampaikan kepada ahli keluarga yang terdekat.

Kita lihat pada hari ini, ada di kalangan pimpinan gerakan yang terlepas pandang untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada kaum keluarga. Sehingga mungkin ada di kalangan ahli keluarga ini yang menjadi penentang dan menghalang dari terus bersama dengan gerakan.

.::Muraqabah::.

Firman Allah dalam surah al-kahfi : 28 yang bermaksud, "Dan jadikalan dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janglah engkau mematuhu pengajaran yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tinglah lakunya pula adalah melampaui kebenaran".

Pertama sekali, letakkan diri kita bersama-sama pejuang agama yang taat dan petuh kepada perintah Allah dan Rasul.

Jangan sekali-kali taat dan patuh pada mereka yang Allah telah lalaikan hati-hati mereka dari mengingati Allah.

Gunakan segala medium yang telah diabaikan kebanyakan penggerak dakwah... Surau, masjid perlu diimarahkan baik muslimin mahupun muslimat. Di samping menyuburkan rohani, kita boleh menonjolkan kepimpinan dan tujuan serta manhaj gerakan kita kepada masyarakat seterusnya memandu mereka ke jalan yang lurus. Kemahiran yang kita perolehi; bertazkirah, ceramah, membuat risalah,berprogram dan sebagainya perlu dimanfaatkan dan digunakan selaras dengan keadaan semasa (waqi'e)

.::Senjata utama penggerak dakwah::.

Doa dan solat adalah senjata utama kita. Amalkannya dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah di samping memohon restu dari-Nya. Maksud firman Allah dalam surah al-Baqoroh : 153, " Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah solat dan sabar sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar".

.:: Persediaan dari seluruh aspek mengikut perubahan masa dan tempat::.

Sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Anfal : 60, menyeru Muslim menyediakan kekuatan semaksima yang termampu. Kekuatan perludari semua aspek kehidupan samaada dari segi ekonomi, penyampaian ilmu, pertahanan diri dan sebagainya.

Agama Islam itu tidak lemah, tetapi penganutnya yang semakin lemah kerana lalai dan meninggalkan ajaran-Nya. Semuanya adalah akibat daripada asakan dan tumpuan utama pembangunan dan kemajuan dunia diberikan keutamaan berbanding pembangunan rohani.

Akhir sekali, apakah kita ini benar-benar terdiri daripada pejuang agama Allah?? Jika ya, teruskan perjuangan kita dalam apa jua bidang yang telah dianugerahkan oleh Allah melalui bakat, ilham dan kekuatan dalam setiap insan. Jangan harapkan balasan dan penghargaan manusia, tetapi haraplah rahmat dan redha Allah...

1 comments:

fieqa said...

salam...

sgt2 tersentuh membaca post ini..
sedih pon ade..
syukran Ya Allah, kerana kau buka hati sahabat kami untuk menegur kami melalui post ini..

amar ma'ruf nahi mungkar..
kadangkala amanah ini agk payah n sukar untuk dilakukan..
ye,
betul..
diri sendiri perlu mantapkan dan menyiapkan diri dengan ilmu..
moga kita semua diberi kekuatan untuk terus berjuang demi addeen tercinta..

sgt setuju..
ramai golongan di zaman ini tidak menjadikan ''islam is the way of life'..
astaghfirllah..
merenung diri kembali..


* Jangan harapkan balasan dan penghargaan manusia, tetapi haraplah rahmat dan redha Allah...*

insyaallah...

yakin Allah sentiasa bersama-sama kita..

salam..